satu permulaan...

" Seindah Ciptaan ILahi "


Salam ukhuwah..setiap makhluk Allah di muka bumi ini dicipta dengan sebaik-baik kejadian..Maka, dengan itu, kita sebagai hambanya yang kerdil haruslah mensyukuri segala nikmat dan kurniaanNya...Anugerah yang tidak ternilai untuk manusia adalah AKALnya..tanpa akal siapalah manusia itu..dengan akal itulah kita memperoleh keimanan,kewarasan dan kebaikan untuk menuju ke arahnya jalan yang diredhainya..Alhamdulillah..InsyaAllah, ikhlaskan segala perbuatan kita kepadaNya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..DariNya kita diciptakan dan kepadaNya jualah kita kembali..

Wednesday, August 10, 2011

sekilas lalu sekali gus

assalamualaikum dan salam Ramadan..

hari ini ana ingin kongsikan beberapa detik kehidupan yang dipinjamkan sementara ini. hanya sekadar tulisan tapi itulah realiti yang kadang2 membawa kita dari satu masa ke satu masa yang seterusnya. buah tangan kali ni campur2 macam abc.


Ramadan
Alhamdulillah, genap 9 hari kita melalui fasa Ramadan Kareem ini. Mohon keistiqomahan diri untuk bertilawah dan tadabbur ayat-ayat cinta dr Allah serta berzikir mengingatiNya. Ana bersyukur kerana dapat menunaikan solat tarawih bersama2 keluarga tersyang walaupun angah di asrama. Terkenang sahabiah-sahabiah ana ketika melakukan ibadah tarawih di bumi kenyalang dan Sesma. Semoga kita semua dapat memanfaatkan  setiap detik yang istimewa ini.insyaAllah. teringat kata2 ustaz selepas tarawih td, semoga tarbiyyah pada bulan ramadan mampu menjaga dan mendidik kita untuk sebelas bulan yg lain dan berlumba2lah dalam menbuat kebaikan, fastabiqul khoirat.

Memandu
memandu ni sangat mencabar bg ana yang zero pengalaman sebelum ini. mse berhenti di lampu isyarat, terketar2 lutut melawan paras adrenalin yang tinggi di jalan raya kerana pertama kali bawak kereta atas jalan raya..ya Allah, permudahkanlah urusan membuat lesen ini. buat pemandu2, minta maaf jika tba2 tersenyap di atas jalan ataupun terperlahan sngat. yang ralatnya, dulu belajar di Sesma, sekarang laluan untuk ujian memandu melalui Sesma.. aduh! dua benda yang berbeza.

Doa
ini satu kisah benar yang ana ingin titipkan dan semoga dapat mengambil ibrah drpd peristiwa ini. buat dri sendiri dan teman2 seperjuangan. pd bulan mei yg lalu, ana menaiki bas dr bintulu ke kuching selama 12 jam sorang2 iaitu pd wktu malam hingga ke pg. mungkin ini perkara biasa bg org lain tp amat bru utk ana yg bergelar musafir sarawak. hanya Allah yang tahu mcm mana fizikal dan mental, hati perasaan ana kerana semuanya telah diserahkan kpdNya utk menempuh satu perjalanan tarbiyah ini.

Hamdalah ana selamat sampai  pg keesokannya di stesen bas di kuching berdktan dgn satu mall Boulevard. tp Ana buntu memikirkan mcm mana nk blik unimas dr sana setelah xberjaya hubungi kak2 naqibah. nk naik teksi? bas? dengan bawak beg blik kg ana berjalan keluar dr stesen bas ke mall tersebut. ana duduk depan mall tersebut dengan sedihnya dan berdoa mengharapkan,

"Ya Allah permudahkanlah urusanku utk sampai ke unimas",

dan Allah telah mengilhamkan ana utk pergi ke tempat menunggu bas di tepi mall trsebut. kurang 10 minit, sebuah bas yg tertera K9 berhenti. dan ana teringat sesuatu, beberapa bulan yang lalu, di bandar kuching bersama natrah, pak cik van pernah bgtaw kami, "adik, kalau nak naik bas ke unimas ataupun desa ilmu,naiklah bas K9"

Subhanallah, Allah telah mempermudahkan urusan ana melalui doa kpdNya, ana dengan yakin sambil bercucuran airmata tatkala melangkah msuk ke dalam bas. begitu indahnya kasih sayang Allah utk hambanya. syukur xterhingga ke hadrat illahi dan ana selamat tiba di unimas!sejak ari itu, menjadi pengajaran bermkna buat diri ini supaya sentiasa menyerahkan segala2nya kpd yang Maha Kuasa Maha Penyayang. Allah itu dekat dengan kita!

Inspirasi
Bukan mudah untuk memberikn inspirasi untuk memotivasikan insan tp xsalahkan mencuba? Beberapa hri lgi gi, insyaAllah, ana akan kembali ke slkh bersma kawan2  bg bertemu dgn adik2. untuk berkongsi pengalaman suatu ketika dahulu bersama Sesma Virtuoso Band. bab2 bercakap dpn2 ni, ana akui tiada skill yg baik tp insyaAllah, akan berusaha menyampaikan sesuatu buat adik2. apa pun terima kasih buat pihak asasi unimas yg pernah menganjurkan debat dan mewajibkan penyertaannya! x mustahil kan ana berdebat?


banyak lagi yang ingin dikongsikan, ini yang termampu. sedikit sebanyak catatan hidup utk memuhasabahkan diri ini.
-hidup di dunia untk neraca akhirat, insyaAllah-
wassalam



Thursday, August 4, 2011

Ana baru tahu yang....

Assalamualaikum dan salam Ramadhan, 

hari ni ana ingin kongsikan suatu perkara yang selama ini ana pun xberape sensitif dan tidak mengetahui tentang kebenaran disebalik sesuatu yang telah Allah tetapkan. Khilafnya diri ini dalam menilai sesuatu hikmah drNYA. sebab itulah, Allah jadikan sesuatu perkara atau hal itu dengan hikmahnya agar kita sbg hambanya beriman dan bertaqwa.dan ana juga ingin mengajak sahbat2 agar sentiasa muhasabh diri dengan memaafkan kesalahan orang terhadap kita dengan harapan kpd Allah, orang lain juga memaafkan kesalahan kita.jangan terlalu ingin menyalahkan kerana kita sebagai manusia tidaklah sempurna dan perlu sentiasa membaiki diri untuk kebaikan dan yang penting bersangka baik dengan Allah dan saudara2 seislam kita..jagalah hubungan dengan Allah dan juga dengan insan kerana xrugi walau sesen pun! bahkan dapat merasai mardhatillah yakni keredhaanNYA.

DOSA ORANG YANG BERKECIL HATI

" Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita juga berdosa tetapi lebih besar dosa yang berkecil hati itu.

Fakri melihat poster yang dilekat pada papan kenyataan masjid. Dia berasa hairan. Berkecil hati lebih besar dosanya daripada mengecilkan hati orang lain? kebetulan pada waktu itu, ustaz ada di dalam masjid. Dia pun berjumpa dengan ustaz untuk bertanya tentang hal itu.

Fakri: Assalamualaikum ustaz!

Ustaz: Waalaikumussalam. Oh, Fakri rupanya! Ada apa-apa ustaz boleh bantu?

Fakri: Err..macm ni ustaz. Tadi saya tegok kat luar tu, ada satu poster tentang berkecil hati. Yang saya baca tadi, orang yang berkecil hati lebih besar dosa berbanding yang mengecilkan hati orang lain.

Ustaz: Betul la yang tertulis tu. Kenapa?

Fakri: Yang tu la saya nak tanya ustaz. Kenapa jadi macam tu pulak? Bukankah orang yamg menyakiti hati saudaranya saja yang berdosa? Orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun.

Ustaz: Sebabnya, orang yang menghina tu penghinaannya adalah peringatan dari Allah.

Fakri: Huh? *kurang jelas*

Ustaz: Baiklah, mari ustaz jelaskan. Nak tau kenapa kita dihina oleh orang? Kerana Allah nak uji kita. Tujuan Allah nak uji kita juga sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi dengan Allah.

Fakri: Oohh, faham-faham.

Ustaz: Yang lebih parah, bila kita bercerita kepada kawan-kawan. " Dia sakitkan hati aku, aku terasa dengan apa yang dia cakap..."dan macam-macam lagi la. Kawan-kawan tu pula akan ceritakan lagi kepada kawan-kawan dia yang lain. "Kesian dia, ada orang sakitkan hati dia.."Keredhaan terhadap ujian Allah itu akan lesap begitu saja.

Fakri: Err..*terasa*

ustaz: Ustaz tau, kamu pun mesti selalu terasa dengan apa yang orang cakap, betul tak?

Fakri: Emm... *mengangguk*

Ustaz: Manusia memang takkan terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina, dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. Jafi, pesan ustaz, jangan la terasa hati. Redga la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allaj yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat atau teguran. Boleh kan? *tersenyum*

Fakri: InsyaAllah ustaz, syukran! Sekarang saya dah faham. Lepas ni tak boleh lagi nak berkecil hati dengan siapa-siapa walau teruk macam mana pun dihina. Ustaz pun tolong doakan saya supaya jadi insan yang tabh ya? =)



Ibrah yang dapat kita ambil dr cerita diatas ialah kita perlu sentiasa bersangka baik walaupun kita dicemuh atau dijadikan subjek yang orang tidak suka. setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. Alhamdulillah, ana dapat artikel ini drpd sebuah blog yang dikongsi oleh teman baik ana. syukran ya!


Tuesday, August 2, 2011

Ahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan yang telah kunjung tiba bersama barakahnya..
buat semua muslim di seluruh dunia...
bulan mulia sudah tiba...
apakah anda sudah bersedia?
untuk
merebut cinta illahi. . .

sudah masuk hari kedua bulan Ramadhan..
bagaimana amal ibadah?
disoal untuk empunya diri dan juga ingin mengajak teman2 memanfaatkan dengan sebaik3nya..


Ramdhan kareem..
bukan sekadar ibadah puasa.. 
bukan sekadar bulan puasa..
ianya bulan Ramadhan...
bualan dimana kita diperintahkan oleh Allah...
bermula 2 hijrah..
sehinggalh kini..
1432 H..



Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke ats kamu berpuasa sebagimana diwajibkan atas orang
sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Al-Baqarah : 183


bukan sekadar menahan diri drpd makan minum..
juga menahan diri drpd melakukan kemungkaran..
bulan istimewa..
bulan yang diturunkn Al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam..
bulan dimana perang Badar berlaku..
bulan dimana Fathul Mekah berjaya!
ini membuktikan bahawa umat islam kuat dan gagah..
menjalani ibadah puasa ketika perintah berperang diwajibkan..

Ibadah tarawikh,
infaq,
tilawah Al-Quran,
hafazan,
sahur,
tahajjud malam,
doa,
pelihara wudhu'
iktikaf, tahyatul masjid
amalan sunat untuk menghidupkan seluruh malam,
solat di awal waktu,
zikir,
taubat,
lailatul Qadar,
Nuzul quran
menjadikan Ramadhan istimewa..
buat semua umat Islam..
jangan lepaskan peluang!
nanti kerugian besar!
siapa tahu..
Ramadhan Terakhir...

doa dimakbulkan dengan izin Allah. .
dalam kesungguhan dan keikhlasan yang di pohon. .
mujarab pada saat hendak berbuka dan waktu sahur ..
selain waktu2 sepertiga malam..
tadahlah tangan..
dan berdoalah kepada Allah...

3 doa orang yang paling miustajab, orang yang berpuasa, orang yang dizalimi dan orang yang bermusfir
riwayat At Tarmizi

Abid Ramadhan lillah..
mengabdikan diri kepada Allah dengan menghayati Ramadhan..
menerima kasih sayang Allah..
 pada yaumul Jai'zah yakni hari penganugerahan..

"Sijil Anugerah Cemerlang Ramadhan dr Allah"
insyaAllah..

pertunangan menyatukan...

assalamualaikum ya ummah,


alhamdulillah, kadang-kadang  bukan2, tp selalu dalam hidup kita muncul banyak kejutan yang x disangka2, yg manis, yang pahit, dan yang istimewa...kali ini ana ingin ucapkan  barakallahulakuma buat bapa saudara ana yang telah ditemukan dengan izin Allah  pasangan hidupnya yang baru selepas Allah pernah mengujinya sekeluarga suatu ketika dulu..

Tanggal 25 April 2006,
ana masih ingat saat ini ketika empunya diri berumur 14 tahun dan menetap di asrama sekolah SESMA,
ana menerima panggilan telefon bahawa ibu saudara yang merupakan isteri kepada Pok Mat, panggilan buat bapa saudara di atas telah kembali ke rahmatullah, Allah lebih menyayanginya setelah arwah menderita penyakit SLE @ Systemic lupus erythematosus. Arwah telah meninggalkan seorang suami bersama dengan empat cahaya mata. Dan salah seorang sepupu seusia ana..tidak dapat dibayangkan rasa sakit kehilangan seorang ibu tercinta tatkala diri masih memerlukan kasih sayang ibu..

Tanggal 26 Julai 2011,
alhamdulillah, stelah lima tahun pemergian arwah, hadir seorang solehah untuk dijadikan zaujah bagi menemani perjuangan sebuah keluarga muslim. pertunangan beliau mengikat tali ukhuwah yang istimewa antara dua buah keluarga yang sebelum ini tidak pernah dipertemukan..

antaranya..
kakak sulung bakal isteri bapa saudara ana merupakan guru besar sekolah tempat umi mengajar, abangnya pula merupakan guru sejarah adik ana dan anak saudara beliau merupakan rakan sekelas adik lelaki ana yang secara tidak langsung merangkap sepupu baru malah juga merupakan rakan setusyen anak pok mat. inilah takdir Allah yang istimewa buat kami semua..

buat pok mat, selamat melayari kehidupan rumah tangga yang rahmah, sakinah dan mawardah bersama anak2 yg disayangi. dan al-Fatihah buat arwah yang tidak pernah dilupakan kami dan semoga arwah bahagia di sisi Allah dan ditempatkan dalam kalangan org yang soleh..amin

ironinya,
menjurus ke arah baitul muslim, merupakan salah satu tahap maratibul amal yang turut menjadi asas ustaziatul alam. dan perkahwinan itu juga merupakan sunnah Rasulullah yang dituntut, apabila tiba masanya, insyaAllah setiap orang akan melangkah ke alam tersebut dan semoga masjid yang dibina menjadi wadah dakwah islam dan melahirkan kader2 dakwah sebagai umat pertengahan yang perkasa seperti Rasulullah dan shabat-shabat baginda. 

Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luaas pemberianNya, Maha Mengetahui.  
                      An-Nur: 32

dan buat pemilik cinta isteri selepas Allah dan Rasul,

Sabda Rasulullah S.A.W ,
' manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat juga dengan hatinya untuk dicintai, dikasihi dan disayangi'


wassalam..
p/s: mse bertandang ke rumah bakal zaujah ana ditugaskan membawa sireh tanpa mengetahui pemegang sireh akan berjalan di depan sekali dalam rombongan..malu sngt2 apabila menjadi orng pertama yg dipandang oleh keluarga baru, lepas nie, biarla org lain pula ya ganti tempat bertuah tu! =)