satu permulaan...

" Seindah Ciptaan ILahi "


Salam ukhuwah..setiap makhluk Allah di muka bumi ini dicipta dengan sebaik-baik kejadian..Maka, dengan itu, kita sebagai hambanya yang kerdil haruslah mensyukuri segala nikmat dan kurniaanNya...Anugerah yang tidak ternilai untuk manusia adalah AKALnya..tanpa akal siapalah manusia itu..dengan akal itulah kita memperoleh keimanan,kewarasan dan kebaikan untuk menuju ke arahnya jalan yang diredhainya..Alhamdulillah..InsyaAllah, ikhlaskan segala perbuatan kita kepadaNya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..DariNya kita diciptakan dan kepadaNya jualah kita kembali..

Sunday, June 26, 2011

Husnu Dzon..


Asalamualaikum, alhamdulillah, arini ana dah lulus ujian berkomputer untuk amik lesen kereta... syukran jge buat abah ana yg menemani pg nie dan keluarga yang memberikan sokongan moral..
minggu lepas, ana terbaca satu post di fb tntg husnu dzon, tapi ana lansung xtahu apa maknanya..tatkala, hati ini tertanya, akal terfikir2, Allah telah mengilhamkan ana untuk bukak tv..
saat itu, rancangan muqaddimah sdg disiarkan di tv 9..dan alhamdulillah, peceramah tersebut sedang mengutarakan ttg husnu dzon dalam kuliah yg bertajuk 'musuh jangan dicari'
rupanya2 husnu dzon ini sngt dekat dengan kita sbg manusia..dan kita memiliki sifat ini, husnu dzon bererti bersangka baik, alangkah indahnya apabila sifat ini menjadi peneman hidup kita kan?..xrugi malah dapt pahala yg banyak kerana husnu dzon adalah perkara yang mahmudah..
dan hari nie, ana telah cari dan jumpa penulisan ttg husnu dzon dengan mendalam..sma2la kita mengambil pengajaran dan amalkan, insyaAllah..
Berbaik sangka dalam berukhwah
“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. [HR Bukhari]
Alhamdulillah, hidup di bumi Cork sangat permai dan harmoni. Ketika masih baru menjejakkan kaki ke sana, terasa diri sebagai pelajar baru umpama selebriti. Ada sahaja jemputan dari para seniors untuk pergi makan di rumah mereka hampir setiap hari. Namun lama kelamaan, ada juga terdetik, untuk apa mereka bersusah payah sebegini? Tunjuk baik? Populariti? Apa sebabnya?
Kalaulah ketika itu erti ukhwah difahami…
Sesungguhnya bersangka baik dan berlapang dada itu adalah selemah-lemah ukhuwah. Tahap ukhuwah paling tinggi adalah itsar, iaitu mendahulukan dan mengutamakan kepentingan dan keperluan orang lain dari diri sendiri, sedang diri sendiri juga dalam keadaan yang sangat memerlukan.
Apabila seseorang itu bersangka buruk terhadapat saudaranya, ia sangat berkait rapat dengan sifat cemburu dan hasad dengki. Lihat sahaja bagaimana hasad dengki yang berpunca dari buruk sangka boleh menyebabkan putusnya silaturrahim sesama manusia. Akibat cemburu dengan kejayaan orang lain, apa jenis kehancuran pun sanggup dilakukan. Ada yang bergaduh, menghantar santau, dan ada yang sampai kepada tahap membunuh! Naudzubillahi min zaalik…


Su’u Dzon VS Waspada
Namun tidak dinafikan, ada situasi di mana kita perlu untuk bersangka buruk demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan sebagai hati-hati, waspada, atau ‘hazar’. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terdengar benda yang pelik di rumahnya ketika waktu malam, adalah perlu baginya untuk bersangka yang kemungkinan rumahnya dimasuki pencuri. Dari perasaan waspada inilah, langkah seterusnya dapat diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Jika tidak timbul lansung perasaan untuk berwaspada, kesannya bukan sahaja boleh membawa padah kepada individu itu sendiri, malah kepada orang yang berada di sekitarnya.
Buruk sangka (Su’u Dzon) bererti berprasangka buruk kepada saudara kita tanpa adanya bukti yang jelas dan masuk akal. Buruk sangka merupakan salah satu pintu syaitan yang harus kita jauhi. Allah SWT berfirman,
“Dan jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebagian prasangka itu adalah dosa”[Al-Hujurat : 12].
Adapun waspada tidak bersifat definitif (tidak cenderung mengatributkan sesuatu yangburuk kepada seseorang tertentu) serta disertai dengan bukti-bukti dan indikasi-indikasi yang mendukung.
Husnu Dzon
Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” [HR At-Tirmidzi]
Berikut dikongsikan bersama tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk sentiasabersangka baik sesama insan:
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Bersangka baik terhadap Allah
Dalam hidup ini Allah sentiasa menguji kita. Ujian Allah pelbagai dan orang yang diuji Allah juga pelbagai. Ada yang diuji Allah dengan musibah seperti kematian orang disayangi, kebakaran, kemalangan, kehilangan, bencana alam dan yang selalu diuji Allah kepada kita ialah dengan mendatangkan sakit. Tidak seorang pun daripada kita yang hidup di dunia ini terlepas daripada menerima ujian Allah. Yang membezakannya hanya bentuk ujian itu. Ada yang ringan dan ada yang berat ujiannya.
Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.
Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah terutama ketika kita ditimpa musibah sakit atau musibah lain. Ujian sakit yang diberikan-Nya itu tanda kasih sayang-Nya dari Khalik kepada makhluk-Nya. Allah selalu mencintai hamba-Nya yang sabar, ikhlas dan reda. Dan sebagai hamba-Nya yang beriman, kita hendaklah selalu memuji Allah yang tak pernah putus-putus memberi rahmat kepada kita hatta ketika kita sakit.
Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” [HR Tirmidzi]
Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.”
Kesimpulan
Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Mulakan dengan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [ An-Nur : 12 ]
Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.
Wallahua’lam..
p/s: nukilan disalin dr http://www.ataphijau.com/2010/07/25/siri-akhlak-mulia-sam-–-part-5-husnu-dzon/
syukran kpd hamba Allah tersebut kerana telah membantu pemahaman diri ttg husnu dzon, sebenarnya, dah lame ana tercari2 ape mkne husno dzon nie..Alhamdulillah, sekarang ana dh tahu dan menjadi tanggungjawab ana pula untuk berkongsi..jazakallah..

Thursday, June 23, 2011

Harga Sehelai Tudung Labuh..

Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".
Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.

"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.
Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.
"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.
"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.

"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak.Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.
Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.
"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."

"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita.
"
"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah.Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."
Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.
"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.
"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.

Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".
"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga." Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.
Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.


alhamdulillah..





P/S: copy dari - Artikel iluvislam.com 

Ya Allah, istiqamahkanlah diri kami dalam penghijrahan bagi mendekatkan diri kepadaMU..Amin..

Ini Sejarah Kita@ISK

Assalamualaikum..
hri ad sedikit prkongsian ttg prgrm sejarah islam..
sbnrnye ana sedikit terkilan sbb xdpt bntu dan sertai skali..
lg rsa malu dan serba salah sbb xdpt trun padang untuk tajmi' adik2 di bumi kenyalang..
namun, smuenya pasti ad hikmaht kn..
semoga Allah merahmati prgram ini dan mempermudahkn segala usaha murni dan urusan ikhwah/akhwat yg diredhai Allah sekalian..
ana akan mendoakan kejayaan kalian..









sejarah tamadun islam amat penting diketahui supaya kita dapat menentukan di mana era masa kita berada pada zaman sekarang..

apabila kita sudah faham dan tahu, bru kita dapat mensasarkan strategi dakwah yg terbaik dan betul untuk ummah zaman sekarang..
dan apa yg penting smpaikan sejarah ini kpd smua umat islam agar kita semue tida lena dibuai karat jahiliyah dan komponen2 sihirnya yg menyerang pemikiran dan hati ummah...
sedarkah kita?
diulit dan dibesarkan dalam pengaruh jahiliah yg mengganas!





ini adalah graf naik turun tamadun islam...
marilah kita sma2 ambil ibrah dan buat sesuatu untuk islam...


p/s: gambar ihsan ikhwah lebah dan murabbinya..

Wednesday, June 22, 2011

Doa

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw.
 apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma
bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.


” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan
Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)




Tuesday, June 21, 2011

Anugerah

'syukuri apa yang ada,
                hidup adalah anugerah'



kehidupan adlah anugerah yg besar dr Allah..jom kita usaha cri kebahagiaan dan bekalan untuk meneruskan kehidupan yg kekal abadi sesudah kembali kpdNYA..



Penyaksian terhadap Kebenaran@ Syahadatul Haq



Salam kepada Semua pembaca Halaqah Borneo (HB)... Moga Allah memberikan kita Kesejahteraan dan Kebahagiaan di Dunia dan Juga Di Akhirat.. Amin..
Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah.. Bersyukur kehadrat Allah kerana memberi peluang kpd kami untuk menghadiri Daurah Tsaqafah mengenai Syahadatul Haq semalam (28 Feb 2010). Konsep Syahadatul Haq ini telah dibawa oleh byk ulamak, tetapi Imam Al-Maududi lebih terserlah..



SYAHADATUL HAQ

Akhi wa ukhti...
Apa sebenarnya Syahadatul Haq? Ia bermakna Kesaksian yang benar.. Wah mudah nye maksud dia... tapi maksud tersiratnya lagi Banyak... tu yang kita nak lihat akhi wa ukhti.. Secara ringkasnye akhi wa ukti....

Kita perlu memahami Hakikat Kalimah Syahadah;
1-Pembeza Muslim dan Kafir
2-Dasar Kehidupan
3-Persaksian yang benar Kpd Allah

Konsepnye;
1-Menjelasakan.
2-Menunjukkan kepada Manusia pendekatan yang sebenar.

Mengetahui PERANAN KITA selepas mengetahu Syahadatul Haq;
Allah berfirman dalam surah (2:143)
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihanagar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."

Ada Empat Pihak

1-Allah --> 2. Rasul--> 3.KITA --> 4.Umat


ALLAH



Yang mana Allah mengutus Rasul untuk menyampaikan Syahadatul Haq kepada umat manusia.. Dan kini Rasul telah lama meninggalkan kita, makanya tugas itu perlu diteruskan oleh KITA untuk menyampaikan dan menjelaskan kepada Umat Manusia agar mendapat kebahagiaan Di Dunia dan Akhirat serta mendapat Mardhotillah..

Tugas Rasul (33:7)
"Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh"

Umat Manusia (7:172)
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"

Tugas KITA

Persaksian=Penyampaian

1. Medium kita (menyampaikan /Menjelaskan)
i. Melalui percakapan (ilmu/teori)
ii. Melalui Perbuatan (Amal/praktikal)

2. Usaha Kita (menyampaikan)
i. Melalui Individu
ii. Melalui Jemaah/berkumpulan

Alhamdulillah... Apa yang perlu kita lakukan setelah mendengar dan memahami Konsep Syahadatul Haq ini ialah;

1.Perlu mulakan dengan diri kita
2.Kemudian orang terdekat
3.Tingkatkan Ziarah
4. Menjaga Akhlak sebagai seorang Muslim

Akhi wa ukhti, moga kita dapat laksanakan Syahadatul Haq ini secara individu dan berjemaah, berlapang dada dengan jemaah lain kerana kita berukhuwah Islamiyah dengan mereka, buatlah kerja dengan rasa tenang dan bersikap terbuka kepada yang lain, bak kata Ust Doktor penceramah, "Kalau kita lihat perbezaan, maka dalam bilik ini ada lebih kurang 50 perbezaan dan kita tak akan dapat bersama, tapi lihatlah persamaan yang boleh kita gunakan untuk melaksanakan tugas kita dalam menyampaikan Risalah ini, jangan ada pergaduhan, jangan ada persengketaan dan jangan saling memburukkan yang lain.. Kita sama-sama membuat kerja Islam, makanya kita perlu saling berlapang dada dan bekerjasama dalam Hal yang kita sepakati.. Moga dakwah ini akan lebih diterima oleh Umat ini" begitulah yang kita inginkan Amin.

Semoga kita dapat merealisasikan Konsep Syahadatul Haq dalam diri kita dahulu dan sampaikan kepada kawan-kawan kita yang lain.. Bak kata seorang akh, lecturer, "Ikhwah dan Akhwat , tarbiyah ni memakan masa yang panjang, bukan lepas dapat bahan ni hari ni, esok dah jadi orang yang pandai terus, but it's take time to understand dan diserapkan dalam aqal dan dilakukan dengan Amal... makanya tarbiyah ni perlu diteruskan, moga tarbiyah ni yang penting adalah dalam usrah/halaqah, ia perlu konsisten, walaupun lambat, tapi ia akan membina kefahaman yang mantap dan lebih bertahan lama, kerana itulah tarbiyah... Proses pembentukan dan pembinaan seorang Muslim.."

Moga Dakwah Islam semakin berkembang dengan Daie yang Muklhis, Amanah, Jujur dan yang mempunyai kefahaman yang Mantop... Amin..

 p/s: di copy dr halaqahborneo.blogspot.com


Monday, June 20, 2011

Maan Najah!

 Assalamualaikum...
Selamat pagi, hari ini sahabat2 ana akan menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka, semoga mereka memperolehi ketengan untuk menjawab sehabis baik!..yg penting usaha, doa dan tawakal supaya Allah sentiasa ada disisi kita..dan jangan sesekali lari drpd mengingatiNya kerana kita cumalah hambaNya yg kerdil..oleh itu, bergantung haraplah sepenuhnya kd Allah supaya urusan kita dipermudahkan..insyaAllah...

Fa'iza Azamta, fatawakkal Ala Allah... (3:159)
- apabila, engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah




Jom kita dekati kekasih kita yg abadi dan tiada tandingannya di dunia dan akhirat ini..

1. Baca Al-Quran
2. Solat malam/ Qiamulail
3. Riadah
4. Berukhuwah
5. Solat Sunat Dhuha
6.Zikir mathurat
7. Jaga solat fardhu berjemaah dan diawal waktu
8. Belajar dengan fokus



Bittaufiq binnajah insyaAllah..


Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.(40:60)..
mulakan dengan..


all da best..
lots of love..
wassalam..

Wednesday, June 15, 2011

10 Sahabat Nabi yg Dijamin Syurga..



  1. Abu Bakar As-Siddiq
  2. Umar bin Al-Khatab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abu Talib
  5. Thalhah
  6. Zubair bin Al-Awwam
  7. Abdurrahman bin Auf
  8. Saad bin Abi Waqas
  9. Ubaidah Amir bin Al-Jarrah 
  10. Said bin Zaid
kita?
 bertakwalah kepada Allah dan kejarlah dunia untuk neraca akhirat...

kemanisan ' usrah'