satu permulaan...

" Seindah Ciptaan ILahi "


Salam ukhuwah..setiap makhluk Allah di muka bumi ini dicipta dengan sebaik-baik kejadian..Maka, dengan itu, kita sebagai hambanya yang kerdil haruslah mensyukuri segala nikmat dan kurniaanNya...Anugerah yang tidak ternilai untuk manusia adalah AKALnya..tanpa akal siapalah manusia itu..dengan akal itulah kita memperoleh keimanan,kewarasan dan kebaikan untuk menuju ke arahnya jalan yang diredhainya..Alhamdulillah..InsyaAllah, ikhlaskan segala perbuatan kita kepadaNya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..DariNya kita diciptakan dan kepadaNya jualah kita kembali..

Tuesday, December 6, 2011

sentapan hati untuk santapan rohani

Assalamulaikum dan salam kembali
Sahabatku,


Usrah ada tiga rukun  iaitu taa’ruf, tafahum dan takaful..dan apa yg mengejutkan ialah sebenarnya kita smua masih di tahap taa’ruf yakni segala usaha dan proses mengenali satu sama lain dan masih  tidak lebih dari itu.. Kita telah bertaa’ruf dgn melalui banyak perkara bersama-sama dan saling menolong antara satu sma lain. di situ kita dapat kenal hati budi dan keikhlasan dlm pershabatan. Manakala tafahum pula adalah dimana kita dapat menegur kawan kita dengan cara yg paling berhikmah sehingga tidak ada rasa terluka sedikitpun dihati malah faham sebetul-betulnya apa yg kita tegur tu demi kebaikan dia sendiri dan sekelilingnya. Ana yakin korang akan bersetuju jika kita sekarang masih belum di tahap ini tp tidak mengapa sahabatku sekalian,kerana kita akan berjuang habis habisan untuk mencapainya, insyaAllah. Dan yg ketiga iaitu takaful, bukanlah sekadar bermaksud tolong-menolong malah berjuta2 kali lebih besar dan mulia dar iitu. Takaful adalah tahap dimana kita tolong supaya semua org yg kita sayang yg berada sekeliling kita berada di jalan yg benar yakni kerana kita ingin masuk syurga Allah bersma-sma, subhanallah, betapa indahnya tahap yg belum lagi tercipta di antara kita. Jadi, marilah kita bermuhasabah diri wahai sahabatku sekalian..bru di peringkat taa’ruf rupanya kita smua..




Sahabatku yang dicintai,




Kita sekarang hidup di zaman yang diserang hebat dengan jahiliyah durjana dr segi pemikiran,minda, hati, cara hidup dan segala2nya. Kita sendiri, keluarga, sahabat, masyarakat, negara telah ditipu dan dilalaikan dengan budaya hedonisme, hiburan dunia sehingga melalaikan umat islam di seluruh dunia dan menyebabkan kita lari dari amanah dan cita2 yg wajib dicapai iaitu maratibul amal yg tertinggi iaitu ustaziatul alam dimana seluruh dunia yakni alam ini tunduk dan patuh pada pemerintahan islam yg haq. Kita telah diperdaya olah ahli sihir dan sihir2nya dalam kehidupan sekeliling kita seperti media, program di tv, iklan, surat khabar, dunia siber dan banyak lagi.bahkan ahli sihir yg paling dasyat menyerang pemikiran anak-anak sedari  kecil ialah tv kat rumah kita sendiri. Antara contohnya ialah dari segi berpakaian yg bertentangan dgn syariat islam, rancangan hiburan untuk kanak-kanak, program realiti tv, drama yg xbermanfaat, kartun yg mensyirikkan kuasa Allah dan banyak lagi. Dan ana pasti kwn2 smua dpt senaraikan dgn byk lg kerana setiap saat yg dipaparkan di tv skrg adalah doktrin jahiliah yg amat teruk walaupun sekadar sebuah iklan. Perkara ini telah berjaya merosakkan akhlak remaja sekaligus menambah titik-titik hitam di hati kanak2 ,org dewasa dan smua yg menontonnya. Setuju x? Even kita sendiri hanyut dgn movie2 yg xberfaedah kt bilik seprti cerita korea, English yg berjam2 menghabiskn msa yg sepatutnya kita gunakan sebaik2nya megikut 10 muwassafat tarbiyah yg kita pelajari selama berada di jalan tarbiyah. apa yg ana tulis nie memng benar2 terjadi kpd kita, bkn niat untuk mempersenda atau menyindir tp itulah hakikatnya . Kita masih lagi berdampingan dengan karat2 jahiliyah walhal kita tlhpun mengikuti program sayonara jahiliyah dan telah berjanji untuk lupuskan segala jahilah di sekeliling kita kn..tgklah betapa dasyatnya jahiliyah nyg menyerang kita yg dapat bezakan baik buruk nie.apatah lagi org yg belum dpt berfikir dgn matang saperti kita dan tidak berada di jalan tarbiyah. Cuba fikirkan dan renung2kn bersma sahabtku. Jahiliyah dan islam itu xkan pernah bertembung, jd di sini ana mahu mengajak diri sendiri dan kawan-kawan smua untuk tinggalkan smua perkara jahiliyah seratus peratus dan dengan sepenuh hati agar kita bersih dan suci dan dpt meneutralkan blik jahiliyah yg menyerang masyarakat sekarang. Jom mulakan dgn diri kita krn kita ada misi yg perlu disampaikan .misi dakwah dan tarbiyah kita. owh lupa nk bgtau mksud mendalam ttg ahli sihir yg mengajarkan ghulam ilmu sihir dlm hadis tersebut 'Ilmu sihir' yg sebenrnye ialh apa2 sahaja ataupun sistem yg menyokong fahaman sekular yakni jahiliyah dan apa2 yg sistem yg menjayakan kelangsungannya terhadap umat manusia.



Sunday, September 4, 2011

Air..

Assalamualaikum dan Salam 6 Syawal 1432, alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat hidup dan bernafas dalam jiwa hambaNYA. Setelah sunyi seketika, insyaAllah, ini penulisan terakhir sebelum kembali ke bumi tarbiyah, bumi kenyalang Allah. hati terasa berat, namun jari2 digagahkan jua. sejujurnya bukan mudah untuk memahami hati dan keinginan diri apatah lagi insan lain. yang sangat didambakan ana adalah sifat sabar dan sentiasa bersyukur kerana setiap nikmat itu adalah anugerah.

setelah lama dipendam, ana ingin bertanya dan memberikan sedikit pandangan tentang  air- anugerah Allah untuk makhluk ciptaanNYA yang sangat diperlukan demi kelangsungan hidup dengan izinNYA

soalannya. . . .

apakah persamaan air hujan dan air mata?


langit menangis?
mata menangis?
membasahi bumi?
membasahi pipi?
turun kedua2nya menghadiahkan kesyukuran,kesabaran,keinsafan, kegembiraan, kebahagiaan, kedukaan, kesedihan, sbg ujian dan berjuta rasa yang x dapat diungkapkan bagi ana.

bernilaikah kedua2nya pada pandangan hati insan?
adakah kita menghargai?
atau kita sekadar sekilas pandang tanpa menitipkan rasa syukur yang x terhingga kepada penciptanya

hadir kedua2nya untuk yang memerlukan, untuk menegur sejauh mana iman, bukan sekadar membasahkan yang kering tapi hikmah untuk difikirkan seperti  firman Allah berkali 2 dalam Al-Quran

               sesungguhnya terdapat tanda tanda kebesaranNYA bagi orang yang berfikir


firman Allah Taala:


Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menurunkan hujan dari langit lalu dialirkanNya menjadi mata air di bumi, kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang pelbagai jenis dan warnaya


                                                                                        Az-Zumar: 21


Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok, lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesipa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira.


                                                                                          ar-Rom: 48
ini adalah sunatullah yakni ketetapan Allah, awan akan menurut perintahNya ke sana sini tanpa meminta upah ataupun wang untuk melaksanakan tugasnya. ia adalah perintah dari Allah untuk kegunaan manusia.

Dan Dialah(Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan) sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halalkan ke negeri yang mati ( ke daerah yang kering kontang) lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikian pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat( mengambil pelajaran daripaadanya)


                                                                                           al-A'raaf: 57


indahkan apa yang telah diaturkanNYA untuk kita secara teliti dan sistematik, bahkan sentiasa memperingatkan kita bahawa ada kehidupan setelah mati, ada hari kiamat yang wajib kita imani. memberitahu kita akan perlunya bekalan untuk negeri akhirat kelak.

bersediakah kita?

begitu halnya jua dengan air mata, menangis untuk kembali kepada penciptanya. Allah rindu untuk mendengar rintihan hambanya. di saat bahagia dan duka. Dialah teman yang paling setia, sentiasa ada, dekat sekali. Allah Yang Maha Memakbulkan Doa.

Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahulah kepada mereka: Sesunggunya Aku(Allah) sentiasa hampir kepada mereka: Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dengan ematuhi perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul


                                                                                         al-Baqarah: 186


Air mata Syawal telahpun gugur begitu jua air hujan di bulan aidilfitri, gugurnya penuh erti, mencari mardhatillah, Ramdan pun telah berlalu dengan lingan air mata syahdu umat Islam di seluruh dunia. di saat gembira meraikan Aidilfitri ini, jangan dilupakan yang x berdaya, yang berjihad di jalan Allah, yang x sempurna. titipkanlah doa sebagai penguat semangat dan hadiah yang x ternilai buat mereka.

buat shabatku, takdir Allah akan menemukan kita kembali, jangan kita leka menjalani neraca dunia untuk negeri akhirat kelak, sama mendoakan kejayaan yang abadi, insyaAllah

salam ukhuwah,












air mata Syawal 1432


Tuesday, August 23, 2011

hikmah jururawat

manjaga kebajikan insan



Assalamulaikum dan Salam 23 Ramadan 1432.

sekilas. . .
mcm mana hidup? semoga sentiasa berada di landasan yang haq, insyaAllah. tinggal beberapa hari lgi bulan Ramadan akan pergi. pernah xterfikir?. xkan ada lagi Ramadan buat kita. apabila telah pergi menemui KEKASIH kita yang ABADI. namun, sebaik2 tempat kembali itu hanya kepada Allah. selagi dikurniakan nikmat bernafas, siapalah kita untuk tidak beramal dengan apa yg disuruh dengan seikhlas hati kan? org kata buat jaahat senang dan buat baik nie susah. cbe fikir blik? bukankah disebaliknya. cuma hati manusia ni lemah. terasa apa yang sia-sia itu indah apabila membesar dalam persekitaran jahiliyah yg dasyat pd masa kini. moga Allah jauhkan kita drpd kemungkaran dan pelihara iman hamba2Nya ini, amin.

kenapa jururawat?
sebelum ini ana belum mengutarakan satu tugas tg mulia ini dengan sejelas-jelasnya. biarlah hari ini menjadi saksi ya! syukur kepada illahi kerana ana telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di universiti Malaysia Sarawak. buat sahabiah ana yg belum mengetahui inilah dia satu episod baru dalam hidup seorang insan yang bernama aisyah munirah. Allah dan bagi yang terbaik untuk ana dan menjadi tanggungjawab ana meneruskan perjuangan ini. ana tekad dan mahu bangkit dari impian terdahulu bak kaata sahabiah ana jasmin jaraee, sekalipun bukan doktor manusia tp jadilah doktor dan jurutera ummah! kan min? yang bakal bergelar doktor, teruskan perjuangan kalian, kejayaan kalian kegembiraan ana juga. insyaAllah, suatu hari nanti ana ingin berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara dengan kamu2 smua.

teringat dulu2 waktu ana berusia 6 tahun. pada hari konvo tadika yayasan islam, ana telah mempersembahkan satu sketsa dengan kawan2 lain. ana jadi jururawat dan berpakaian uniform putih persis jururawat. bergegas, berlari di atas pentas bersama doktor untuk menyelamatkan pak cik yang terkena cangkul. inilah hikmah tugas seorang jururawat. dan insyaAllah, bila ana jadi jururawat nanti ana akan merawat dan menolong orang yg memerlukan dengan ikhlas dan sebaik2nya. serta sampaikan tanggungjawab syahadatul haq kepada pesakit2, insyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan ini.

dan sebelum mendapat tawaran untuk belajar di Asasi Unimas, ana terlebih dahhulu menerima tawaran dalam bidang kejururawatan dr sebuah kolej swasta. secara tak sedar memang kisah jururawat ini banyak kali muncul dalam hidup ana.dan setelah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah yg juga di unimas, ana telah menjadi peka dengan isu jururawat di akhbar. seperti jururawat pertama islam iaitu Rufaidah, tanggungjawab jururawat, hari jururawat dan sebagainya. dan ana pasti dan yakin inilah yang terbaik dr Nya. berikut merupakan sisipan akhbar berita harian yang lalu untuk tatapan.



Rufaidah jururawat pertama dalam sejarah Islam
Oleh Ibrahim Abdullah

2011/05/26

KHIDMAT jururawat pertama Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW yang dikenali dengan nama Siti Rufaidah binti Saad. Beliau selalu memberikan rawatan terbaiknya terutama kepada pesakit yang cedera di medan perang. 

Eropah dan Amerika Syarikat mengenali Florence Nightingale sebagai pelopor jururawat moden. Negara di Asia Barat memberikan kedudukan awal kepada Rufaidah, seorang jururawat Islam yang terkenal.

Perjuangan dan kemasyhuran Rufaidah secara berterusan daripada generasi ke generasi khususnya di Arab Saudi dan diteruskan ke generasi moden di Asia Barat sehingga ini.
Rufaidah (570-632 SM) tokoh jururawat Islam tersohor itu muncul pada masa peperangan dalam Islam. Prof Dr Omar Hasan Kasule, dalam kertas kerjanya pada Persidangan Antarabangsa Kejururawatan ketiga di Brunei Darussalam pada 1998 menyatakan, Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam. 

Beliau hidup pada zaman Rasulullah SAW pada abad pertama hijrah dan diiktiraf sebagai jururawat teladan. Rufaidah adalah seorang pemimpin, penggerak, mampu memberi motivasi kepada orang lain. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya. 

Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal semata-mata, namun melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam penyakit. 

Rufaidah bertindak sebagai jururawat kesihatan komuniti, tidak memandang miskin atau kaya. Beliau adalah pekerja sosial yang cekap menjadi inspirasi bagi kerjaya jururawat dunia Islam. 
Rufaidah tinggal di Madinah dan lahir di Yathrib termasuk dalam kaum Ansar, golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan Rufaidah mempelajari ilmu perawatan ketika bekerja membantu ayahnya. 

Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum Muslim yang sakit di luar kawasan Masjidil Nabawi ketika perang Badar, Uhud, Khandak dan perang Khaibar dengan beliau menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka dan cedera parah akibat peperangan. Beliau juga mendirikan hospital lapangan. 

Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan agar tentera yang cedera parah dirawat oleh Rufaidah. Pernah digambarkan saat perang Khandak, Saad bin Maadh yang terluka terkena panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga sembuh. 

Rufaidah turut melatih beberapa wanita untuk menjadi jururawat dan dalam perang Khaibar mereka meminta izin Nabi Muhammad SAW untuk ikut serta di garisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang terluka dan Nabi mengizinkannya. 

Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat. 
Sejarah Islam juga mencatatkan beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun. 


insyaAllah, jururawat muslimah. . . 

Tuesday, August 16, 2011

Nasihati Ana

Assalamualaikum dan salam Ramadan yang ke -16

kehidupan yg kita sedang jalani sudah hampir memasuki fasa ketiga ramadan. sedihnya apabila bulan ini berlalu pergi kerana ia telah mendidik jiwa raga insan bagi mencari keredhaanNya. semoga Allah menerima segala ibadah kita untuk sebelum2nya, semalam, hari ini, seterusnya dan selama2-lamanya berkat tarbiyah bulan yang mulia ini!

Nasihati Ana Ya!
jangan biarkn diri yang bnyk melakukan kekhilafan ini terus hanyut, leka dan tidak bersemangat. jangan malu unutk tegur ana. silakan! Ana malu dengan Allah apabila melakukan sesuatu yang kita tahu tidak perlu dan tidak patut melakukannya. hidup kita hendaklah berpandukan Al-Quran dan Sunnah kan. Bru mendapat keberkatan dan terjaga di sisi agama Islam yang syumul ini. tegurlah! Nasihatlah! sesungguhnya semua itu dr Allah kerana Dia Maha Pengampun dosa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada semua makhluk ciptaanNya. Ana akan cuba penuh hati untuk berubah ke arah kebaikan dan sentiasa bermuhasabah diri, insyaAllah. memang setiap insan itu tidak sempurna tapi tiada salahnya jika sentiasa membaiki diri mengikut acuan Illahi kn? xrugi. . .

ana masih ingat sewaktu jalan2 di bandar Kuching bersama sahabiah2 ana di waterfront, waktu itu, kami sedang makan goreng2 sambil berjalan! berjalan! bukan duduk ya. Ya Allah, ampunilah kami hamba2mu yang kerdil dan hina ini. dan Dia tidak biarkan kerana telah mengutus seorang pak cik yang lalu berdekatan kami dan menegur! pak cik tu madah,

sik bagus wanita solehah makan berdiri!

tersirap darah menyebu muka dan ana dapat rasa darjah kepanasan yang naik ke pipi! Malu! malu dengan Allah. tapi syukur sngt2 kerana itu tandanya Dia sayang! halus caraNya sehingga menggetarkan jantung apabila mendapat teguran tersebut dan alhamdulillah, sejak peristiwa tarbiyah itu, ana dan sahabiah2 sntiasa ingat dan waspada dengan segala tingkah laku yang tidak sopan cuba mengamalkan sunnah nabi kita dengan sebaik2nya. ana jua selalu ingatkan adik2 anak supaya tidak makan minum berdiri. dan buat pak cik yang tidak kami kenali, Jazakallah kerana menasihati kami! semoga Allah mempermudahkan segala urusan pak cik dunia dan akhirat.

Jadi, buat diri ana sendiri dan teman2 seperjuangan, jangan malu untuk menegur demi kebaikan bersama. bukankah kita ingin masuk syurga bersama-sama? insyaAllah, ada banyak cara yang hikmah dan menusuk kalbu dengan bantuan Allah untuk menegur insan yang bernama manusia. dan marilah kita sentiasa baiki kekurangan diri kita! Sama2 kita meperingati satu sma lain.


 Pepatah Arab ada mengatakan ;
" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "
Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.

wassalam

Membidik rasa Mencuri hati

Assalamulaikum dan salam 16 Ramadan
 kali ini ana ingin kongsikan satu cerpen untuk sama-sama kita renungkan dan amil pengajaran. syukran jazilan buat sahabiah ana, ukhti suriya murni dengan perkongsian  dr laman web iluvislam.com ini. cerpen yang bermkna buat sahabat dunia akhirat. semoga kita tergolong di antaranya, dengan izin Allah =)





sila klik link di atas untuk tatapan dan fahami jalan cerita cerpen ya!baca sampai habis, Selamat Membaca!..

Wednesday, August 10, 2011

sekilas lalu sekali gus

assalamualaikum dan salam Ramadan..

hari ini ana ingin kongsikan beberapa detik kehidupan yang dipinjamkan sementara ini. hanya sekadar tulisan tapi itulah realiti yang kadang2 membawa kita dari satu masa ke satu masa yang seterusnya. buah tangan kali ni campur2 macam abc.


Ramadan
Alhamdulillah, genap 9 hari kita melalui fasa Ramadan Kareem ini. Mohon keistiqomahan diri untuk bertilawah dan tadabbur ayat-ayat cinta dr Allah serta berzikir mengingatiNya. Ana bersyukur kerana dapat menunaikan solat tarawih bersama2 keluarga tersyang walaupun angah di asrama. Terkenang sahabiah-sahabiah ana ketika melakukan ibadah tarawih di bumi kenyalang dan Sesma. Semoga kita semua dapat memanfaatkan  setiap detik yang istimewa ini.insyaAllah. teringat kata2 ustaz selepas tarawih td, semoga tarbiyyah pada bulan ramadan mampu menjaga dan mendidik kita untuk sebelas bulan yg lain dan berlumba2lah dalam menbuat kebaikan, fastabiqul khoirat.

Memandu
memandu ni sangat mencabar bg ana yang zero pengalaman sebelum ini. mse berhenti di lampu isyarat, terketar2 lutut melawan paras adrenalin yang tinggi di jalan raya kerana pertama kali bawak kereta atas jalan raya..ya Allah, permudahkanlah urusan membuat lesen ini. buat pemandu2, minta maaf jika tba2 tersenyap di atas jalan ataupun terperlahan sngat. yang ralatnya, dulu belajar di Sesma, sekarang laluan untuk ujian memandu melalui Sesma.. aduh! dua benda yang berbeza.

Doa
ini satu kisah benar yang ana ingin titipkan dan semoga dapat mengambil ibrah drpd peristiwa ini. buat dri sendiri dan teman2 seperjuangan. pd bulan mei yg lalu, ana menaiki bas dr bintulu ke kuching selama 12 jam sorang2 iaitu pd wktu malam hingga ke pg. mungkin ini perkara biasa bg org lain tp amat bru utk ana yg bergelar musafir sarawak. hanya Allah yang tahu mcm mana fizikal dan mental, hati perasaan ana kerana semuanya telah diserahkan kpdNya utk menempuh satu perjalanan tarbiyah ini.

Hamdalah ana selamat sampai  pg keesokannya di stesen bas di kuching berdktan dgn satu mall Boulevard. tp Ana buntu memikirkan mcm mana nk blik unimas dr sana setelah xberjaya hubungi kak2 naqibah. nk naik teksi? bas? dengan bawak beg blik kg ana berjalan keluar dr stesen bas ke mall tersebut. ana duduk depan mall tersebut dengan sedihnya dan berdoa mengharapkan,

"Ya Allah permudahkanlah urusanku utk sampai ke unimas",

dan Allah telah mengilhamkan ana utk pergi ke tempat menunggu bas di tepi mall trsebut. kurang 10 minit, sebuah bas yg tertera K9 berhenti. dan ana teringat sesuatu, beberapa bulan yang lalu, di bandar kuching bersama natrah, pak cik van pernah bgtaw kami, "adik, kalau nak naik bas ke unimas ataupun desa ilmu,naiklah bas K9"

Subhanallah, Allah telah mempermudahkan urusan ana melalui doa kpdNya, ana dengan yakin sambil bercucuran airmata tatkala melangkah msuk ke dalam bas. begitu indahnya kasih sayang Allah utk hambanya. syukur xterhingga ke hadrat illahi dan ana selamat tiba di unimas!sejak ari itu, menjadi pengajaran bermkna buat diri ini supaya sentiasa menyerahkan segala2nya kpd yang Maha Kuasa Maha Penyayang. Allah itu dekat dengan kita!

Inspirasi
Bukan mudah untuk memberikn inspirasi untuk memotivasikan insan tp xsalahkan mencuba? Beberapa hri lgi gi, insyaAllah, ana akan kembali ke slkh bersma kawan2  bg bertemu dgn adik2. untuk berkongsi pengalaman suatu ketika dahulu bersama Sesma Virtuoso Band. bab2 bercakap dpn2 ni, ana akui tiada skill yg baik tp insyaAllah, akan berusaha menyampaikan sesuatu buat adik2. apa pun terima kasih buat pihak asasi unimas yg pernah menganjurkan debat dan mewajibkan penyertaannya! x mustahil kan ana berdebat?


banyak lagi yang ingin dikongsikan, ini yang termampu. sedikit sebanyak catatan hidup utk memuhasabahkan diri ini.
-hidup di dunia untk neraca akhirat, insyaAllah-
wassalam



Thursday, August 4, 2011

Ana baru tahu yang....

Assalamualaikum dan salam Ramadhan, 

hari ni ana ingin kongsikan suatu perkara yang selama ini ana pun xberape sensitif dan tidak mengetahui tentang kebenaran disebalik sesuatu yang telah Allah tetapkan. Khilafnya diri ini dalam menilai sesuatu hikmah drNYA. sebab itulah, Allah jadikan sesuatu perkara atau hal itu dengan hikmahnya agar kita sbg hambanya beriman dan bertaqwa.dan ana juga ingin mengajak sahbat2 agar sentiasa muhasabh diri dengan memaafkan kesalahan orang terhadap kita dengan harapan kpd Allah, orang lain juga memaafkan kesalahan kita.jangan terlalu ingin menyalahkan kerana kita sebagai manusia tidaklah sempurna dan perlu sentiasa membaiki diri untuk kebaikan dan yang penting bersangka baik dengan Allah dan saudara2 seislam kita..jagalah hubungan dengan Allah dan juga dengan insan kerana xrugi walau sesen pun! bahkan dapat merasai mardhatillah yakni keredhaanNYA.

DOSA ORANG YANG BERKECIL HATI

" Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita juga berdosa tetapi lebih besar dosa yang berkecil hati itu.

Fakri melihat poster yang dilekat pada papan kenyataan masjid. Dia berasa hairan. Berkecil hati lebih besar dosanya daripada mengecilkan hati orang lain? kebetulan pada waktu itu, ustaz ada di dalam masjid. Dia pun berjumpa dengan ustaz untuk bertanya tentang hal itu.

Fakri: Assalamualaikum ustaz!

Ustaz: Waalaikumussalam. Oh, Fakri rupanya! Ada apa-apa ustaz boleh bantu?

Fakri: Err..macm ni ustaz. Tadi saya tegok kat luar tu, ada satu poster tentang berkecil hati. Yang saya baca tadi, orang yang berkecil hati lebih besar dosa berbanding yang mengecilkan hati orang lain.

Ustaz: Betul la yang tertulis tu. Kenapa?

Fakri: Yang tu la saya nak tanya ustaz. Kenapa jadi macam tu pulak? Bukankah orang yamg menyakiti hati saudaranya saja yang berdosa? Orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun.

Ustaz: Sebabnya, orang yang menghina tu penghinaannya adalah peringatan dari Allah.

Fakri: Huh? *kurang jelas*

Ustaz: Baiklah, mari ustaz jelaskan. Nak tau kenapa kita dihina oleh orang? Kerana Allah nak uji kita. Tujuan Allah nak uji kita juga sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi dengan Allah.

Fakri: Oohh, faham-faham.

Ustaz: Yang lebih parah, bila kita bercerita kepada kawan-kawan. " Dia sakitkan hati aku, aku terasa dengan apa yang dia cakap..."dan macam-macam lagi la. Kawan-kawan tu pula akan ceritakan lagi kepada kawan-kawan dia yang lain. "Kesian dia, ada orang sakitkan hati dia.."Keredhaan terhadap ujian Allah itu akan lesap begitu saja.

Fakri: Err..*terasa*

ustaz: Ustaz tau, kamu pun mesti selalu terasa dengan apa yang orang cakap, betul tak?

Fakri: Emm... *mengangguk*

Ustaz: Manusia memang takkan terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina, dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. Jafi, pesan ustaz, jangan la terasa hati. Redga la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allaj yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat atau teguran. Boleh kan? *tersenyum*

Fakri: InsyaAllah ustaz, syukran! Sekarang saya dah faham. Lepas ni tak boleh lagi nak berkecil hati dengan siapa-siapa walau teruk macam mana pun dihina. Ustaz pun tolong doakan saya supaya jadi insan yang tabh ya? =)



Ibrah yang dapat kita ambil dr cerita diatas ialah kita perlu sentiasa bersangka baik walaupun kita dicemuh atau dijadikan subjek yang orang tidak suka. setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. Alhamdulillah, ana dapat artikel ini drpd sebuah blog yang dikongsi oleh teman baik ana. syukran ya!


Tuesday, August 2, 2011

Ahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan yang telah kunjung tiba bersama barakahnya..
buat semua muslim di seluruh dunia...
bulan mulia sudah tiba...
apakah anda sudah bersedia?
untuk
merebut cinta illahi. . .

sudah masuk hari kedua bulan Ramadhan..
bagaimana amal ibadah?
disoal untuk empunya diri dan juga ingin mengajak teman2 memanfaatkan dengan sebaik3nya..


Ramdhan kareem..
bukan sekadar ibadah puasa.. 
bukan sekadar bulan puasa..
ianya bulan Ramadhan...
bualan dimana kita diperintahkan oleh Allah...
bermula 2 hijrah..
sehinggalh kini..
1432 H..



Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke ats kamu berpuasa sebagimana diwajibkan atas orang
sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Al-Baqarah : 183


bukan sekadar menahan diri drpd makan minum..
juga menahan diri drpd melakukan kemungkaran..
bulan istimewa..
bulan yang diturunkn Al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam..
bulan dimana perang Badar berlaku..
bulan dimana Fathul Mekah berjaya!
ini membuktikan bahawa umat islam kuat dan gagah..
menjalani ibadah puasa ketika perintah berperang diwajibkan..

Ibadah tarawikh,
infaq,
tilawah Al-Quran,
hafazan,
sahur,
tahajjud malam,
doa,
pelihara wudhu'
iktikaf, tahyatul masjid
amalan sunat untuk menghidupkan seluruh malam,
solat di awal waktu,
zikir,
taubat,
lailatul Qadar,
Nuzul quran
menjadikan Ramadhan istimewa..
buat semua umat Islam..
jangan lepaskan peluang!
nanti kerugian besar!
siapa tahu..
Ramadhan Terakhir...

doa dimakbulkan dengan izin Allah. .
dalam kesungguhan dan keikhlasan yang di pohon. .
mujarab pada saat hendak berbuka dan waktu sahur ..
selain waktu2 sepertiga malam..
tadahlah tangan..
dan berdoalah kepada Allah...

3 doa orang yang paling miustajab, orang yang berpuasa, orang yang dizalimi dan orang yang bermusfir
riwayat At Tarmizi

Abid Ramadhan lillah..
mengabdikan diri kepada Allah dengan menghayati Ramadhan..
menerima kasih sayang Allah..
 pada yaumul Jai'zah yakni hari penganugerahan..

"Sijil Anugerah Cemerlang Ramadhan dr Allah"
insyaAllah..

pertunangan menyatukan...

assalamualaikum ya ummah,


alhamdulillah, kadang-kadang  bukan2, tp selalu dalam hidup kita muncul banyak kejutan yang x disangka2, yg manis, yang pahit, dan yang istimewa...kali ini ana ingin ucapkan  barakallahulakuma buat bapa saudara ana yang telah ditemukan dengan izin Allah  pasangan hidupnya yang baru selepas Allah pernah mengujinya sekeluarga suatu ketika dulu..

Tanggal 25 April 2006,
ana masih ingat saat ini ketika empunya diri berumur 14 tahun dan menetap di asrama sekolah SESMA,
ana menerima panggilan telefon bahawa ibu saudara yang merupakan isteri kepada Pok Mat, panggilan buat bapa saudara di atas telah kembali ke rahmatullah, Allah lebih menyayanginya setelah arwah menderita penyakit SLE @ Systemic lupus erythematosus. Arwah telah meninggalkan seorang suami bersama dengan empat cahaya mata. Dan salah seorang sepupu seusia ana..tidak dapat dibayangkan rasa sakit kehilangan seorang ibu tercinta tatkala diri masih memerlukan kasih sayang ibu..

Tanggal 26 Julai 2011,
alhamdulillah, stelah lima tahun pemergian arwah, hadir seorang solehah untuk dijadikan zaujah bagi menemani perjuangan sebuah keluarga muslim. pertunangan beliau mengikat tali ukhuwah yang istimewa antara dua buah keluarga yang sebelum ini tidak pernah dipertemukan..

antaranya..
kakak sulung bakal isteri bapa saudara ana merupakan guru besar sekolah tempat umi mengajar, abangnya pula merupakan guru sejarah adik ana dan anak saudara beliau merupakan rakan sekelas adik lelaki ana yang secara tidak langsung merangkap sepupu baru malah juga merupakan rakan setusyen anak pok mat. inilah takdir Allah yang istimewa buat kami semua..

buat pok mat, selamat melayari kehidupan rumah tangga yang rahmah, sakinah dan mawardah bersama anak2 yg disayangi. dan al-Fatihah buat arwah yang tidak pernah dilupakan kami dan semoga arwah bahagia di sisi Allah dan ditempatkan dalam kalangan org yang soleh..amin

ironinya,
menjurus ke arah baitul muslim, merupakan salah satu tahap maratibul amal yang turut menjadi asas ustaziatul alam. dan perkahwinan itu juga merupakan sunnah Rasulullah yang dituntut, apabila tiba masanya, insyaAllah setiap orang akan melangkah ke alam tersebut dan semoga masjid yang dibina menjadi wadah dakwah islam dan melahirkan kader2 dakwah sebagai umat pertengahan yang perkasa seperti Rasulullah dan shabat-shabat baginda. 

Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luaas pemberianNya, Maha Mengetahui.  
                      An-Nur: 32

dan buat pemilik cinta isteri selepas Allah dan Rasul,

Sabda Rasulullah S.A.W ,
' manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat juga dengan hatinya untuk dicintai, dikasihi dan disayangi'


wassalam..
p/s: mse bertandang ke rumah bakal zaujah ana ditugaskan membawa sireh tanpa mengetahui pemegang sireh akan berjalan di depan sekali dalam rombongan..malu sngt2 apabila menjadi orng pertama yg dipandang oleh keluarga baru, lepas nie, biarla org lain pula ya ganti tempat bertuah tu! =)

Thursday, July 28, 2011

penantian...

assalamualaikum salam salam sejahtera..

hamdalah, seperti tajuk di atas, ana ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup berkaitan..

Penantian itu tidak menyeksakan jika kita menunggu dengan hati dan niat iklas kerana Allah, bahkan tidak rugi kerana penantian itu dihadiahkan dengan keindahan sabar dan berserah..kesimpulannya, setialah dan jangan sesekali berputus harap kepadaNya kerana ada hikmah yang bakal mencorakkan segala-galanya dengan izin Allah..- amh


syukur ke hadrat illahi kerana ana telah bertemu 12 mata dengan sahabiah-sahabiah yang dirindui sekian lama..


Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang...dengan izinNya, bertemulah tiga sahabat wlaupun apa jua rintangan mendatang..


bahagiaa...
perasaan gembira dan terharu dititipkan tanpa disedari..
walaupun terpisah dengan jalan raya, lautan dalam, benua-benua...smuanya ketentuan drNya...
semoga ukhuwah terus terjalin hingga ke akhir hayat..


dan penantian itu juga meniti..
disaat ana menunggu...
saat, minit, jam, hari, bulan, tahun...
ana ditemani...bukan keseorangan...
Allah itu ada...sebaik2 pelindung ana dan ummah...


menunggu di rumah..
menunggu di perpustakaan..
menunggu di lapangan terbang...                                        
menunggu di tepi jalan..
menunggu di perhentian bas..
menunggu sang pelangi..
itulah tarbiyah dan manis rasanya...

menunggu itu tidak salah tp jangan leka dr mengingatiNya..
kerana musuh anak Adam itu wujud..
menghasut setiap bisikan..
jangan hanya diingati apabila kesusahan...
harus setiap detik...
hingga ke akhir hayat...

dan yang paling indah dlam penantian itu adalah. . . . .

SABAR


bagaimanakah penantian saudara seislam kita di palestin..
setiap saat berjihad bermati-matian..
mereka juga menunggu...
menunggu ummah menghulurkan bantuan bagi menghapuskan israel laknatullah..
dan alhamdulillah,
kerna ana mendapat berita bahawa YDP  Majlis Perwakilan Pelajar Unimas akan mengikuti konvoi ke Palestin...pada 20 Ramadhan nanti, insyaAllah..

perjalanan hidup ana semakin jauh..
namun, masa kehidupan ini semakin singkat...
semga setiap apa yang di 'polah' bermanfaat untuk agama , bangsa dan negara..
serta mendapat keredhaan dan keberkatan drNya, insyaAllah

wassalam..

p/s : 12 mata= 6 mata pinjaman Allah + 3 kaca mata
     :  polah= buat/laku= sarawak mari!


Monday, July 25, 2011

Mumtaz ya ukhtah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 di pagi yang indah ini marilah sma2 kita memanjatkan kesyukuran atas kurniaan Illahi yang xpernah putus-putus dalam menjalani sebuah sketsa kehidupan yang di'pinjamkan' untuk sementara. Hamdalah, baru- baru ini terlalu banyak berita gembira yang dapat dikongsi bersama-sama sahabiah-sahabiah ana.. walaupun, mungkin ana adalah insan yg terakhir mengetahui, masih belum terlambat kan untuk mengucapkan Jiddan..


                                                       

wahid,

hamdalah dan tahniah untuk sahabiah ana yg telah ana kenali sejak berusia 11 tahun lagi..yaang xpernah kenal erti putus asa dalam melayari kehidupan..yang berjaya menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di Moscow, Rusia..semoga pemergian ini mendapat berkat drNya dan ana turut menumpang kedua2 belah kaki untuk Hikmaht..

isnani,

syukur ke hadrat illahi yang telah mempermudahkan urusan sahabat ana yang sedang menuntut di Mansoura,Mesir dalam bidang kedoktoran..yang telah berjaya mendapat Mumtaz untuk kedua-dua sem di sana..semoga kecemerlangan ini berterusan dengan cinta dan hrapan hanya kpd Allah..khas buat ukhti farhana...

thalatha,



Alhamdulillah, buat teman seperjuangan ana di bumi Kenyalang yang telah berjya melangkahkan kedua-dua belah kaki dengan izinNya ke Universiti Malaysia Sarawak pada tahun ini..semoga berjaya dalam bidang yang  diceburi..walaupun terpisah namun tetap di hati..-tiq,nat, cek, gbah,asy,naemah,anati,dayah, maisa,farah,mas,liya, dzatul,min,zakiah,wawa,nani, amani,piah dan smue warga asasi sains unimas..


dan..
untuk ana..
tahniah!

semoga ana dan teman2 seperjuangan berjaya di dunia dan akhirat..
semoga neraca dunia kami hanyalah untuk bekalan di akhirat nanti...
ya Allah berkati dan rahmatilah kami dalam jihad perjuangan ini..
hati kasih damba cintaMU..
wassalam..

Sunday, July 24, 2011

sentiasa ada..dekat..

assalamualaikum...


apa lagi yg didambakan oleh seorang hamba Allah apabila berada . . . . . . .

DEKAT DENGANNYA..

Dan dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan 
                Al-Hadid  : 4

bagaimanakah jiwa seorang hamba itu?
adakah kita memilikinya?
  kita sentiasa diperhatikan...
  dr segenap sudut yang dibatasi dengan akal manusia..

kita...
x sempurna...
selagi...
tiada...

IHSAN

malaikat Jibril pernah bertanya Nabi Muhammad S.A.W,
Apakah yang dimaksudkan dengan ihsan...

baginda menjawab,

kita menyembah Allah seperti kita dapat melihatNya..
sbg makhlukNya yang lemah , kita tidak dapat melihatNya..
tetapi..

DIA ADA....

jadi kita wajib percaya dan yakin Allah yang Maha Kuasa memerhatikan segala aa yang kita lakukan..
tiada daya upaya untuk membelakangi...
dan..
tiada keraguan...
TIADA...

selagi kita bernafas si atas nikmatNya dan kembali kepadaNya di akhirat kelak...

Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya
                                                                                                Qaf: 16

murabbiah ana pernah bertanya, 
apa rasa gula?
apa rasa garam?

sudah tentu dengan fitrahnya kita akan mengatakan...

gula itu MANIS..
garam itu MASIN..

dapatkah kita tunjuk rasa-rasa tersebut..
tidak kan?
dan begitu jua kepercayaan dan keyakinan serta keteguhan iman kita ..

yang meyakini..

ALLAH itu wujud..
ALLAH itu ada..
walaupun tidak dapat dilihat..
bahkan tak akan pernah seperti gula dan garam itu..
kerana...

Allah Maha Halus dan Maha Mengetahui..

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah yang Maha Halus, Maha Teliti 
                                                                      Al-An'am: 103

syukur..
sabar..
berserah..
redha..                                               
ikhlas..
  
untuk ana sendiri...
juga buat sahabiah yang memperingatkan insan ini, bunga cinta illahi..                                          
juga untuk ummah...        
yakni saudara ana sendiri...

fasobrun jamil =)
wassalam..







Monday, July 18, 2011

sekarang..

salam dan selamat sejahtera..
xlma  lagi bulan ramadhan yg dirindui menjelma dalam hidup kita..
barakahnya amat dirindui..
tp mampukah ana memanfaatkan setiap saat, menghayati setiap nafas turun naik barakahnya?
ya Allah, kuatkanlah ana dan umat islam dalam mengejar cintaMu yang hakiki...


sebulan lalu..
'assalamulaikum ukhti'
'waalaikumussalam'

'macam mana iman? tanya seorang akhwat seperjuangan..

ana jawab dalam hati..
memang sudah dibimbangi tatkala belum kembali ke kampung halaman..
di sini, tiada usrah, halaqah untuk mengingatkan tp..
ingat!~ ingat!~ingat!
ada cinta Allah yang membunuh smua ahli sihir duniawi, nafsu mazmumah...
sesungguhnya, dengan mengingati Allah..
hati pasti tenang.. insyaAllah

dan sejauh mana kekuatan cinta ana kepadaNYA?

iman..
terasa bergoncang..atau dh memang bergoncang..
ana pohon istiqamah dr NYA..
ana pohon keikhlasan dr NYA..
ana pohon kekuatan, kesabaran dan keteguhan iman dr NYA..

manusia a.k.a hamba Allah..
xjemu2 meminta itu ini..
dan yang paling istimewa, paling indah..
AR RAHMAN..
AR RAHIM..
sentiasa mendengar..setia..
sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.

ujian dan musibah itu tanda kasihNYA..
menguji ketakwaan dan sejauh mana kita kembali mengharapkan kepadaNYA...
 tiada ILLAH melainkan AllAH..
sepatutunya tiada cinta, harapan, kasih, sayang, setia, pengorbanan melainkan kepadaNYA..
dan itulah yang utama yakni matlamat hidup manusia..
asas tertegaknya Ustaziatul Alam yang diimpikan muslim dan mukmin...



in IslamInna lillahi wa inna ilayhi raji'un (Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ) is part of the QuranSura Al-Baqara, Verse 156. The full verse is as follows:
الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون 
"Who, when a misfortune overtakes them, say: 'Surely we belong to Allah and to Him shall we return'." 

dan ana...
dalam muhasabah diri..
yang perlu dilakukan setiap hari..

Thursday, July 7, 2011

syafakillah ya ummi..

assalamualaikum,
ya,
syafakillah ya ummi, semoga cepat sembuh..
ya Allah sembuhkan insan yang ana sayang ini..
sukar utk berpisah di saat ummi masih tidak sihat..
namun ana tahu..
ini ujianMu terhadap ummi..
semoga ummi tabah dan kuat..
sayang ummi..

Wednesday, July 6, 2011

Izzah Dalam Islam..

Assalamualaikum,
 hari ni ana ingin kongsikan tentang puisi yg telah dipersembahkan pada malam akhowat pada muqayyam di daerah Lundu, Sarawak..
sesungguhnya muqayyam bnyak mengajar ana erti hidup sebagai seorang muslim..
puisi ini hasil ciptaan dan gubahan kak mardhiah dan kak fatimah yang mengambil kursus j-Qaf di IPG Batu Lintang, srwk..
ahli kumpulan kami yg lain ialah ana sendri, natrah adila dan kak syifa..
semoga kita semua dapat ambil ibrah dr puisi ini..insyaAllah..


izzah dalam islam


kuteringat zamaan dahulu..
zaman sebelum kebangkitan ISLAM..
wanita berada di tapak kaki..
dipijak,dihina..
maruah sudah tidak terjaga..
anak perempuan dibiar..
ditanam hidup-hidup..
ketika mata masih bersinar celik..
dan..


pabila tiba kebangkitan ISLAM..
sinar ISLAM terus gemilang..
martabat wanita ISLAM makin dijulang..
aurat dijaga, maruah dipelihara..
tapi aku hairan..


nampaknya kita sudah kembali ke zaman silam..
pakai tudung, tapi nampak dada..
pakai baju tapi koyak sana sini..
baju ketat, syariat entah ke mana..
di mana hilang peribadi Fatimah Az-Zahra?


ungkapan salam..
assalamualaikum warahmatullah..
itulah ajaran rasulullah tercinta..
sebarkan salam eratkan persaudaraan..
tidak sukar untuk menuturkan..
tapi aku pelik..


orang kita lebih suka kata hai sambil melambai-lambai..
ktata mereka..
itulah budaya di zaman moden ini..
ingatlah sekalian sahabat2..
salam itu ringan sekali..
ucaplah salam..
jangan meninggi diri..
bukankah kita hamba yang berbudi?


solat..
solat itu tiang agama..
diperintah menunaikannya 5 kali sehari..
jika berhutang, wajib dibayar ganti..
jika tidak..
runtuhlah tiang dini..
tapi aku hairan..


orang zaman ini..
pabila seruan agama dilaungi..
mereka terus bertempiaran lari..
bukan untuk menyahut seruan illahi..
tapi bersembunyi..
lari dari panggilan suci..




pertemuan tanpa diduga..
perpisahan yang hadir seadanya..
itulah lumrah kehidupan..
ukhuwah ini..
biarlah sampai syurga..
terpelihara, mekar, mewangi sentiasa..
di bawah lembayung redhaNya..
insyaAllah..

islam yukla wala yukla alaih..
islam itu tinggi dan tida yang lebih tinggi darinya..


Tuesday, July 5, 2011

fitrah..

fitrah manusia..
fitrah tumbuhan..
fitrah haiwan..



pernahkah saudara/saudari fikir apa agama langsir?
apa agama kerusi?
apa agama baju?

fikir-fikirkan...
nanti ana terangkan dengan lebih jelas..

Saturday, July 2, 2011

aisyahmunirahbawakkete!

Assalamualaikum..
hri nie merupakan hari bersejarah ana krn hri nie kereta perodua psm telah bergerak dipandu hamba Allah nie..
dengan ilmu pengetahuan yg mentah, kosong,dup dap dup dap..debor! sekat-sekat kete..tekan kelah, brek,tekan minyok..klako pun ada...alhamdulillah, dan sekarang tengah tunggu lesen L siap...


dlu kat dewan unimas pernah gop bawok kete,,,kete khas buatan team car! naik ngan roommate, tiq.. kerete nie free..xde lesen pun xpe..kete xbergerak la katakan..

semoga ana dapat lulus dengan baik..
doakan ana..
bawak kete fillah..insyaAllah..

2 bulan..

Assalamualaikum..
dah genap dua bulan ana dirumah..sepanjang cuti nie ana hanya tolong2 keluarga jaga rumah dan kesejahteraan seisi rumah..dan ana juga turut berperang dengan nafsu malas, makan...dan ana harap apa yang diamalkan di kolej dlu berterusan shingga ke akhirnya...sayang tau kalau kita tertinggal solat dhuha, bacaan al-mathurat..walaupun hanya sekali..tp cukup sedih kerana telah merosakkan mutabaah amal kita..tp ana menjadi sngat sensitif sejak duduk rumah nie..tiap2 petang ana akan keluar dan duduk berbuai-buai sambil tgk langit, cium bunga ros,kemboja, main ngan kucing sembang ngan umi, abah, adik..









kadang2 laju je air mata turun..rasa sayu, sendu..ana rasa jauh sngt denganNYA..sesungguhnya, manusia itu sering terlupa akan nikmat dan anugerahnya..ya Allah, bantulah hambamu ini mencari dan setia dengan cintaMU, jangan biarkan ana leka dengan nikmat dunia...cukupkanlah bekalan cinta dan iman yg nipis dalam diriku..segarkan rasa cintaku terhadapMU..jadikan ana orang tau menhargai, sabar dan selalu bersyukur di dunia dan akhirat..

Sunday, June 26, 2011

Husnu Dzon..


Asalamualaikum, alhamdulillah, arini ana dah lulus ujian berkomputer untuk amik lesen kereta... syukran jge buat abah ana yg menemani pg nie dan keluarga yang memberikan sokongan moral..
minggu lepas, ana terbaca satu post di fb tntg husnu dzon, tapi ana lansung xtahu apa maknanya..tatkala, hati ini tertanya, akal terfikir2, Allah telah mengilhamkan ana untuk bukak tv..
saat itu, rancangan muqaddimah sdg disiarkan di tv 9..dan alhamdulillah, peceramah tersebut sedang mengutarakan ttg husnu dzon dalam kuliah yg bertajuk 'musuh jangan dicari'
rupanya2 husnu dzon ini sngt dekat dengan kita sbg manusia..dan kita memiliki sifat ini, husnu dzon bererti bersangka baik, alangkah indahnya apabila sifat ini menjadi peneman hidup kita kan?..xrugi malah dapt pahala yg banyak kerana husnu dzon adalah perkara yang mahmudah..
dan hari nie, ana telah cari dan jumpa penulisan ttg husnu dzon dengan mendalam..sma2la kita mengambil pengajaran dan amalkan, insyaAllah..
Berbaik sangka dalam berukhwah
“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. [HR Bukhari]
Alhamdulillah, hidup di bumi Cork sangat permai dan harmoni. Ketika masih baru menjejakkan kaki ke sana, terasa diri sebagai pelajar baru umpama selebriti. Ada sahaja jemputan dari para seniors untuk pergi makan di rumah mereka hampir setiap hari. Namun lama kelamaan, ada juga terdetik, untuk apa mereka bersusah payah sebegini? Tunjuk baik? Populariti? Apa sebabnya?
Kalaulah ketika itu erti ukhwah difahami…
Sesungguhnya bersangka baik dan berlapang dada itu adalah selemah-lemah ukhuwah. Tahap ukhuwah paling tinggi adalah itsar, iaitu mendahulukan dan mengutamakan kepentingan dan keperluan orang lain dari diri sendiri, sedang diri sendiri juga dalam keadaan yang sangat memerlukan.
Apabila seseorang itu bersangka buruk terhadapat saudaranya, ia sangat berkait rapat dengan sifat cemburu dan hasad dengki. Lihat sahaja bagaimana hasad dengki yang berpunca dari buruk sangka boleh menyebabkan putusnya silaturrahim sesama manusia. Akibat cemburu dengan kejayaan orang lain, apa jenis kehancuran pun sanggup dilakukan. Ada yang bergaduh, menghantar santau, dan ada yang sampai kepada tahap membunuh! Naudzubillahi min zaalik…


Su’u Dzon VS Waspada
Namun tidak dinafikan, ada situasi di mana kita perlu untuk bersangka buruk demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan sebagai hati-hati, waspada, atau ‘hazar’. Sebagai contoh, apabila seseorang itu terdengar benda yang pelik di rumahnya ketika waktu malam, adalah perlu baginya untuk bersangka yang kemungkinan rumahnya dimasuki pencuri. Dari perasaan waspada inilah, langkah seterusnya dapat diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Jika tidak timbul lansung perasaan untuk berwaspada, kesannya bukan sahaja boleh membawa padah kepada individu itu sendiri, malah kepada orang yang berada di sekitarnya.
Buruk sangka (Su’u Dzon) bererti berprasangka buruk kepada saudara kita tanpa adanya bukti yang jelas dan masuk akal. Buruk sangka merupakan salah satu pintu syaitan yang harus kita jauhi. Allah SWT berfirman,
“Dan jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebagian prasangka itu adalah dosa”[Al-Hujurat : 12].
Adapun waspada tidak bersifat definitif (tidak cenderung mengatributkan sesuatu yangburuk kepada seseorang tertentu) serta disertai dengan bukti-bukti dan indikasi-indikasi yang mendukung.
Husnu Dzon
Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat” [HR At-Tirmidzi]
Berikut dikongsikan bersama tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk sentiasabersangka baik sesama insan:
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Bersangka baik terhadap Allah
Dalam hidup ini Allah sentiasa menguji kita. Ujian Allah pelbagai dan orang yang diuji Allah juga pelbagai. Ada yang diuji Allah dengan musibah seperti kematian orang disayangi, kebakaran, kemalangan, kehilangan, bencana alam dan yang selalu diuji Allah kepada kita ialah dengan mendatangkan sakit. Tidak seorang pun daripada kita yang hidup di dunia ini terlepas daripada menerima ujian Allah. Yang membezakannya hanya bentuk ujian itu. Ada yang ringan dan ada yang berat ujiannya.
Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.
Kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah terutama ketika kita ditimpa musibah sakit atau musibah lain. Ujian sakit yang diberikan-Nya itu tanda kasih sayang-Nya dari Khalik kepada makhluk-Nya. Allah selalu mencintai hamba-Nya yang sabar, ikhlas dan reda. Dan sebagai hamba-Nya yang beriman, kita hendaklah selalu memuji Allah yang tak pernah putus-putus memberi rahmat kepada kita hatta ketika kita sakit.
Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” [HR Tirmidzi]
Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.”
Kesimpulan
Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Mulakan dengan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [ An-Nur : 12 ]
Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.
Wallahua’lam..
p/s: nukilan disalin dr http://www.ataphijau.com/2010/07/25/siri-akhlak-mulia-sam-–-part-5-husnu-dzon/
syukran kpd hamba Allah tersebut kerana telah membantu pemahaman diri ttg husnu dzon, sebenarnya, dah lame ana tercari2 ape mkne husno dzon nie..Alhamdulillah, sekarang ana dh tahu dan menjadi tanggungjawab ana pula untuk berkongsi..jazakallah..