satu permulaan...

" Seindah Ciptaan ILahi "


Salam ukhuwah..setiap makhluk Allah di muka bumi ini dicipta dengan sebaik-baik kejadian..Maka, dengan itu, kita sebagai hambanya yang kerdil haruslah mensyukuri segala nikmat dan kurniaanNya...Anugerah yang tidak ternilai untuk manusia adalah AKALnya..tanpa akal siapalah manusia itu..dengan akal itulah kita memperoleh keimanan,kewarasan dan kebaikan untuk menuju ke arahnya jalan yang diredhainya..Alhamdulillah..InsyaAllah, ikhlaskan segala perbuatan kita kepadaNya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..DariNya kita diciptakan dan kepadaNya jualah kita kembali..

Monday, July 2, 2012

buat adik-adik tersayang..

Assalamualaikum, =)
Alhamdulillah, smoga Allah sentiasa menjaga adik-adik kmk walau di mana jua berada
insyallah, tarbiyah itu juga milikmu adikku
sayang kamu semua keranaNYA
tunggu kmk blit, xlamak gyk k
doakan kmk


  • Muhammad Luqman Hakim b Hasbullah
  • Muhamad Ridhuan b. Hasbullah
  • Atiqah Solehah bt Hasbullah
  • Arisya Maisarah bt Hasbullah



Acik


Angah





 adik & kakak























Thursday, June 14, 2012

Jazakillah



Syukran ya ukhti.
Ukhuwah fillah
Yang dekat pun selalu dirindui jika sehari mata xbertemu
Yang jauh apatah lagi
jadikan doa ekspresi rindu
mun kita xsempt bersua
doakan supaya
Pertemuan itu di Syurga Allah
Semoga redha Allah menaungi persahabatn kita..


Wednesday, June 13, 2012

And just before that..



Assalamualaikum semua!


‎"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"


"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."



Tidaklah Allah menurunkan cubaan kepadamu melainkan kerana cinta-Nya kepadamu...





Nurses Responsibilities – before operation

  •   Identification and verification – name, identification number, registration number.      Identify types of operation/surgery.
  •  Peri-operative teaching.
  •  Review and clarify medications and allergies.
  • Assist in obtaining consent form together with medical doctor.
  •  Support from family or significant others.
  • Ensure blood is ready for transfusion in emergency cases.
  •  Ensure to complete the peri-operative check list.
  •  Keep patient belongings accordingly.




And just before that..


Assalamualaikum, selamat pagi kakak/adik/ mak cik/ pak cik
Macam mana hari ini?
Rasa bertambah sihat?
Alhamdulillah..
Saya doakan kakak/adik/ mak cik/ pak cik cepat sembuh
jangan lupa selalu berdoa mintak ngan Allah supaya sembuhkan segala kesakitan
sakit ni Allah bagi untuk hapuskan dosa2 kita
ini semua ujian buat kakak/adik/ mak cik/ pak cik
ujian ni tanda Allah sayang kat kita
kakak/adik/ mak cik/ pak cik dah solat?
Ni arah kiblat bila nak solat( sambil tunjukkan arah)
Surau pun ada di hujung sana
Kalau perlukan apa2 bantuan panggillah saya
insyaAllah, saya akan tolong.



p/s: yang kat ats tu peringatan untuk diri sendiri, teman seperjuangan & sesiapa sahaja yg bergelar Muslim.
itu yang perlu dibuat, dakwah tu mudah kan, semuanya bergantung balik kat kita nak buat ke tak.
dan ana yang menulis ni akan lagi diuji nak amalkan ni.

'Internalize the teaching of Islam where ever you go'
Its Qudwah Hasanah
from our beloved prophet, Muhammad S.A.W

25/6-20/7- Sarawak General Hospital
21/7-3/8- Bau Hospital



Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, peliharalah niat kami hanya keranaMU.
=)
www.themegallery.com

Monday, June 11, 2012

Bahagia duniaku, sudikah kamu bersama-samaku?

Assalamulaikum...

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

'Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik
.
Ali-Imran:110

syukur...
kini, diri ini mampu tersenyum dengan penuh makna
senyuman terukir menambahkan Cinta
di saat kurniaanNYA memenuhi dan mengiringi setiap langkah
di saat ujianNYA melewati liku-liku kehidupan
di saat bahagia mendatang
di saat perit menjengah
DIA sentiasa bersamaku..

apabila tujuan hidup telah termaktub dalam perjanjian
apabila bersaksi di atas kebenaran
apabila tanggungjawab menuntut perlaksanaan
apabila amanat perlu disampaikan

Aku terpanggil
untuk menebarkan kebahagiaan dan cinta yang kumiliki
duniaku kini penuh dengan coretan istimewa
dikelilingi biah yang soleh dan solehah
Aku tenang...
ketenangan yang pertama kali muncul sejak 18 tahun yang lalu
ketenangan yang menjentik jasad dan rohku
membuatkan Aku bangga bergelar seorang Muslim

duniaku sekarang,
memimpinku mengenali dan mendekati DIA
Semakin hari semakin bahagia
menunggu saat pertemuan dengannyaNYA
pabila masanya sudah tiba
aku mohon diriku bersedia
bertemu Sang Kekasih yang xjemu-jemu mencintai
sebelum kupergi juga
izinkan aku bertanya


Sudikah kamu bersama-samaku?
Aku hanya insan biasa yang lemah
yang terkejar- kejar  memburu keredhaanNYA

Sudikah kamu berlari-lari  bersamaku?
ku ingin kongsikan semua rasa indah itu
kerana
Aku sayangkan kamu....

Kita..
semuanya sama dimataNYA
tiada niat untuk berlagak
tiada niat untuk tunjuk pandai
tiada niat untuk memalukan lagi menjatuhkan

Kasih,
Sayang,
mengagahkan tangan dan jemari-jemariku
untuk menjemputmu ke duniaku
yang mengajarkan erti kehidupan yang sebenar
berlandaskan cinta yang tak terbelah bahagi
cinta Sang Ilahi.....

saudara-saudaraku,
masa kita sudah tidak banyak lagi
ketahuilah
aku setia menunggu kamu
mengalu-alukan kedatanganmu
tersenyum sambil menuturkan

'Selamat Datang ke Duniaku'





Wednesday, June 6, 2012

Doa Kemenangan





Ya Allah!
Kurniakanlah kepada kami
Kemudahan untuk taat
Menjauhi maksiat, Meluruskan niat
Dan mengetahui kemuliaan
Muliakan kami
Dengan hidayat dan istiqomah
Luruskan lidah kami
Dengan kebenaran dan nikmat
Penuhilah hati kami
Dengan ilmu dan makrifat
Bersihkan perut kami
Dari kezaliman dan perampasan
Tundukkan pendengaran kami
Dari ucapan yang sia-sia dan umpatan
Kurniakan pada ulama kami
Kezuhudan dan nasihat
Pada para pelajar
Kesungguhan dan peringatan
Pada kaum muslimin yang sakit
Kesungguhan dan ketenangan
Pada kaum muslimin yang meninggal
Kasih sayang dan rahmat
Kehormatan dan ketenteraman
Pada para pemuda penyesalan dan taubat
Pada para wanita rasa malu dan kesucian
Pada orang-orang kaya
Rendah hati dan murah hati
Pada orang-orang yang dalam kepayahan
Kesabaran dan keredhaan
Permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat
Semoga hamba kerdil ini layak untuk syurgaMu Ya Allah
Hanya kepadaMu kami bergantung dan serahkan segala-galanya.

Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah sebaik-baik tempat kembali.

kini...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Ya Rabbi, dengarlah luahan isi hati hambaMu yang kerdil lagi hina ini, tabahkan hati hambaMu ini Ya Allah, Sesungguhnya Aku telah ditakdirkan dan terpilih untuk berada di jalan ini dengan rela hati setelah sedetik masa berlalu. Ya Allah, Aku memohon kasih sayangMu agar Aku menjadi orang terus menerus memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepadaMu, Ya Allah, Engkau sentuhlah hati kecilku ini dengan kekuatanMu agar Aku tabah mengharungi segala ujian dan halangan mendatang dan bakal kutempuhi. Ku akui, diriku pernah jatuh cinta dengan bidang ini Ya Allah, sesungguhnya, Engkau lebih Mengetahui segala rasa dan isi hatiku, Cuma Aku tidak pernah sesekali menyangka bahawa Aku akan berkhidmat kepada agama dan masyarakat sebagai seorang JURURAWAT MUSLIMAH. Itu khilafku, mungkin sebelum ini Aku tidak tulus dan ikhlas keranaMu  sepenuhnya Ya Allah, sombong dengan kurnia yang Engkau anugerahkan, Ampunkan segala khilaf dan dosa-dosaku Ya Allah. InsyaAllah, Aku redha dengan segala ketentuanMu Ya Allah. 

Jujur kurasakan sukar Ya Allah. Namun hatiku tersentap bila mana kesusahan yang kurasakan hanya secalit debu halus berbanding penderitaan dan perjuangan saudara-saudaraku di Palestin tercinta. Aku malu denganMu Ya Allah, atas segala nikmat dan ujian yang telah Engkau coretkan buatku, jauhilah aku daripada lemah dan tidak berdaya, mudah mengeluh dan berputus asa. Aku ingin bangkit kembali memburu redhaMu dalam setiap turun naik nafasku.

Ya Allah Ya tuhanku, Engkau kuatkanlah aku di saat sahabiah2ku berhasrat untuk menukarkan kos pengajian mereka demi kebaikan semua, kuatkanlah aku di saat pensyarahku juga mengatakan dia meneruskan profesyen dalam bidang kejururawatan demi ibu bapa tercinta bukan kerana kerelaan hatinya, Engkau tabahkanlah aku di saat mereka-mereka mempersoalkan kenapa aku memilih untuk berjuang dalam bidang ini, Engkau tabahkanlah hatiku di saat saudara-maraku serta keluarga besarku terkejut dengan pilihanku ini, kuatkanlah aku di saat semua orang memandang rendah terhadap kami ya Allah hanya kerana kami merupakan pelajar kejururawatan. Aku lemah ya Allah, semua ini bisa mengugat semangatku, menyentap jiwaku, betapa peritnya tatkala tersenyum apabila berdepan dengan pertikaian2 yang menikam sanubariku, demiMu Ya Allah, aku sanggup! Aku ingin berbakti sebagai seorang jururawat yang mampu merawat jasmani dan rohani ummah! 

perjuangan ini baru bermula 


Semoga cintaMu menyuntik semangat dan keazamanku sehingga ke akhir hayatku dan semoga Aku masih mampu tersenyum dan bermanfaat untuk semua. Aku akan belajar mencintai segala2nya yang Engkau redhai. syariatMu tiadak akan sekali-kali kutinggalkan, permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Tiada daya upaya melainkan hanya kepadaMu Ya Rabb.








Salam sayang,
Pengemis cinta Ilahi

Monday, March 5, 2012

diet Rasulullah









Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.



2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.



3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.

Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.



4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.



5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..



6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.

Al-Hakam Bin Uyainah berkata:

“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.

Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,

“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamar

sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.



11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air

dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع

“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“

Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.

– Doa sebelum makan;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;

“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.

Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur

kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.

Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.

sahabat


‎"ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
Imam al-Ghazali

p/s: salurkan rindu suci itu melalui doa sahabatku, teruskan perjuanganmu, DIA bersamamu =)

Wednesday, February 8, 2012

akak...


Ujian



Assalamualaikum, 
hari ni ana ingin kongsikan satu kisah perjalanan hidup seorang hamba Allah yang sangat tabah. Perkenalan ini masih baru dan masih berusia lebih kurang 5 jam waktu ana tengah menulis ni. Sungguh tak disangka pertemuan yang singkat itu, merentap jiwaku yang kerdil ini. Ingin ku tepuk-tepuk bahunya, genggam tangannya kerana ana dapat rasakan insan ini sangat ikhlas dan redha dengan takdir yang telah Allah corakkkan buatnya..

Akak..
Itulah tandanya Allah sayang akak..
Ujian itu menguji cinta kakak terhadapNYA
Bukan semua yang terpilih seperti akak

Waktu itu, ana tahan, tahan rasa sebak supaya tak nangis depan akak yang sedang khusyuk bercerita. Telinga yang mendengar, mata yang melihat takkan sama rasa dengan apa yang akak lalui. Akak terus menerus meluahkan tanpa keluhan sedikitpun sedangkan meremang bulu roma orang yang mendengar. Semoga Allah merahmati akak.

Sebelum itu ana ada terdengar, perbualan akak ngan orang sebelah..

‘ kat Sarawak tu ada satu tempat tu nama ye Serikin, ye dekat ngan Indon, barang kat tu banyk yang murah2’

Dalam hati ana waktu tu, eh! Sarawak la..kebetulan,waktu tu pakai baju yang beli kat Serikin. Rasa malu =)

Tiba2 akak tegur..

‘no berapa?’
 Owh, saya xguna nombor, tunggu cikgu call je( belajar kereta)
‘owh, ada berape jam agy?’
Ermm, xtau gop sbb belajar ngan cikgu jd xtahu berape jam doh.

Cakap punya cakap,
sampailah akak tanya ‘belajar kat mana?
Ana jawab, ‘Sarawak, Unimas

'Hah! Jupe doh sini, Akak belajo situ gop =) tahun akhir doh. fakulti ap?'
Owh, yeke! Nursing kat Kuching.

'Banjir kan aritu, kena naik kete beso lau nok lalu'
Ana mengiakan, Haah, banjir, tp cepat surut

'Akak selang sehari pi hospital kat tu, buat dialysis, tahu kan?'
cuci buah pinggang

bermulalah kisah ini, mula2 ana hairan yg akak cakap selang sehari gi hospital, rupa2nya akak sakit.
Akak cakap buat dialysis biasanya dalam 4 jam, ad yang 6, ad yang 8, kalau orang ramai 2 jam je tp
 xpela asalkan buat akak cakap. Kalau tak jadi berat ngan air. Ana tanya, sakit tak? Akak cuma cakap letih je..akak tunjuk tangan akak, bekas2 jarum yg dicucuk berbalam2. Akak cakap akak dahaga sngt2 sbb akak jenis yang suka minum air,lebih2 lg cuaca tgh panas, tp takleh minum sbb petang ni kena pergi hospital, cuci, nanti berat ngan air. Doctor ngan nurse dah pesan xleh minum air bnyk2. akak kena penyakit ni waktu waktu umur 6 tahun. Doctor pun xpasti disebabkan keturunan ataupun pemakanan.

kukira dari umurnya dah berpuluh2 tahun akak ni sakit. .
Ya Allah, engkau takkan menguji hambamu sesuatu yang tertanggung olehnya. Kuatnya kakak nie!

Macam mana kelas akak, if selalu kena cuci? Ana tanya..

 If ada kelas pg akak pergi petang, if ad petang, akak pergi pagi, setiap minggu pack jadual dengan belajar n rawatan. Nie ujian untuk akak, jawabku..

akak suka bila orang kata ni ujian dari Allah, sbb memang ni ujianNYA katanya sambil tersenyum.
Akak cakap ada insan2 yang nak derma buah pinggang kat akak dan selalu tanya akak bila nk buat? Mereka dah sedia n selalu hubungi akak pasal ni, tp akak cakap, bila bagitahu kat family, mereka diam je, mummy dan abah diam, walaupun dah bnyk kali tanya,makcik2 yg sama sakit ngan akak pun diam je masa kat hospital bila akak kata ad org nk derma buah pinggang. Makcik tu cakap,’xpelah dik, mak cik ni dah tua, umur pun dah msuk 60, xpela, dik buat la, adik muda lg..

Akak pun hairan dgn family akak, akak harap mereka xfikir yg bukan2 dan berdoa utk akak, tapi masih seperti itu, akak cakap mungkin mereka bimbang sebab akak pun ada diabetes, risiko agaknya fikirku..rupa2nya..

Akak cakap akak ada dua orang kakak..tapi dua2 dah arwah, dah meninggal taun lepas, selang 44 hri je mereka meninggal dunia, sorang sakit kanser tulang, sorang lg sakit macam akak. Akak cakap, adik beradik akak ad 11 orang, walaupun 2 je hilang, tapi rasa sunyi sngt2. Akak kata waktu arwah meninggal akak n adik beradik tgk muka arwah senyum, senyum mewek, senyum macam org yg hidup..

Ana pun senyum. Pastu akak kata ‘ha! Macam tulah kakak saya senyum, macam awak senyum td. Akak cakap arwah sangat baik dan rapat ngan mummy, selalu tolong2 buat kerja rumah. Akak teruskan lg..yang arwah sorang lagi, rapat sangat ngan akak dan abah, orang pun cakap muka nak sama cam kembar, lagi2 arwah nie  satu universiti, satu rumah n satu bilik ngan akak kat unimas, kos pun same cuma arwah nie senior akak. Arwah ada masalah jantung waktu buat rawatan, air masuk dalam salur jantung, n satu lg akak kata arwah dah sebulan xpergi buat dialysis. Waktu tu xde org tahu yg arwah dah kena buat dialysis. Akak cakap, bila akak kena, baru akak tahu yang dialysis tu kena buat sokmo, xleh tinggal, kalau x bahaya..walaupun arwah dah xde, akak still guna selimut n cadar arwah, akak xpernah basuh selimut tu, baju2 je akak basuh...

Ya Allah, xdapat kubayangkan andai kuditempatnya..

 Akak memang rapat ngan arwah...waktu arwah sakit, akak kat Sarawak, arwah kat Terengganu, waktu tu family xde duit nk beli tiket flight. Akak cakap, kawan2 akak tolong akak guna duit tabung. Akak pesan kat abah, tunggu akak balik sebelum kebumikan arwah, dan Alhamdulillah, akak cakap akak sempat mandikan dua2 arwah adik beradik tersebut. Sama macam arwah yang pertama, akak bagitahu, arwah pun senyum waktu meninggal, akak kata arwah seorang yang baik...


Hebat kan hamba Allah ini diuji
Kehilangan orang yang dikasihi, yg juga teman seperjuangan..
Bahkan dirinya turut diuji..

Ana kagum ngan akak, akak sangat tabah! Lebih2 lg kita sama kak, belajar kat seberang sana, akak tetap teruskan hingga ke tahun akhir. Ana doakan semoga Allah permudahkan urusan akak kat mana2 pun. Waktu tu, serius, rasa nak nangis dan rasa sangat sakit mencucuk2 jiwa selepas dengar cerita akak, tp raut muka akak tenang je, suara akak pun terus-menerus tanpa sendu sedikitpun dengan apa yang telah Allah takdirkan untuk hidup akak..

 Sebelum perbualan tamat, ana sempat menyalami akak. Semoga kekuatan akak turut meresap dalam jiwa dan darah ana. Ana rasa sangat bertuah dipilih Allah untuk dengar kisah2 akak. Bukan senang orang nak kongsi cerita dan kisah hidup kepada orang yang baru je kita kenal. Ada hikmahnya kan..dan sekarang izinkan ana sebarkan ketabahan dan kesabaran akak kepada teman2 seperjuangan ana..

Ana harap, kita semua dapat jadi setabah kakak ni..Allah uji hamba2nya dalam berbagai2 bentuk ujian..jangan kita putus asa ye! Ad insan yg lebih hebat ujian daripada kita. Kadang2, kita diuji dengan result exam yg rendah, tp pada masa yang sama ada insan yg diuji dengan kehilangan nyawa dan penyakit yang kronik. Allah bagi kita peluang untuk buktikan cinta kita terhadapNYA. Kasih sayang dan cintaNYA tiada bandingan. Sama2 kita doakan kesejahteraan hidup kita dan insan2 tersebut ye.


Alhamdulillah..
Akak, insyaAllah, jumpa lagi.
Terima kasih cerita kat saya tadi..
Nama akak?
N....
=)











Thursday, February 2, 2012

Terpilih


Terpilih

Apa perasaan kita?
Bersyukur sik?

Allah pilih kita. Untuk merasai nikmat berada dalam dunia tarbiyah. Biah yang solehah. Supaya kita, umat Islam jadi bangsa yang mulia. Untuk mencapai kemenangan mutlak (Ustaziyatul Alam)

Firman Allah dalam Al-Quran (maksudnya)

Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang bertaqwa.
(3:139)

Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka (disediakan)syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, ”Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu”. Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.
(2:25)

Janji Allah itu pasti.
Apa lagi yang didambakan seorang muslim kalau bukan menjadi penghuni syurga. Itu yang abadi.

Maka bersabarlah engkau (Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar dn sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) menggelisahkan engkau
(30:60)

Kasih Allah meliputi semua hamba-hambanya.
Tidak mengenal usia,  tidak mengira bangsa atau Negara, bukan bersandarkan warna kulit, bukan pada bezanya jantina, mahupun kekurangan atau kelainan upaya.
Kerana, Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa
Jangan kita sombong!
Sedarkah kita? Yang sering kali meminta-minta dengan Allah dalam kehidupan ini. DIA yang memperkenankan segala-galanya. Dan DIA juga mengetahui yang terbaik buat hamba-hambanya.

Firman Allah (maksudnya):
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
 (surah Ghafir: 60).

Apabila dipilih, jangan kita lupa kepada saudara-saudara sesama muslim
Ajak! 
Sebab kita kan nak masuk syurga sama-sama. Dakwah bil hikmah.

 FirmanAllah SWT :

“Dan hendaklah  ada diantara kamu satu umat yang mengajak kepada kebaikan, yang menyuruh mengerjakan ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.Mereka itulah orang-orang yang  beruntung.”
 (Al-Imran:104)

·        Sampaikan apa yang sesuai dengan kadar( keadaan seseorang)
·        Sampaikan apa yang sesuai dengan peribadinya
·        Tonjolkan akhlak Islami
·        Ziarahi mereka supaya sentiasa dekat dengan kita

Bagi tahu mereka, apa tujuan hidup kita sebagai seorang muslim! Sama-sama kita memperingati satu sama lain

* untuk beribadah kepada Allah sesuai dengan syariatnya
QS(51:56)

*sebagai khalifah di bumi Allah S.W.T  @ menegakkan khilafah Allah di muka bumi,
                QS(2:30)

 Sumber: Al- Quran dan halaqahborneo.blogspot.com

kisah masjid

Assalamualaikum sahabat

hari ni ana nak kongsi tentang kisah satu perjalanan yang bermula di masjid
xkira kat mana2 pun
sekadar perkongsian pengalaman sendiri

pada tahun lalu
ada seorang hamba Allah ni bagitahu kt smua anak2 buahnya
untuk tanya diri sendiri

'kenape aku yang tak jaga syiar Allah ( tempat ibadah) yakni rumah Allah@masjid?'
'bukan ke tu tanggungjawab aku?'

bukannye tanya mcm ni

'kenape aku yang kena jaga masjid?'
kan orang lain ad!

itulah yang ana ingat sampai hari ni kata2 tu
ianya satu amanah
bukan untuk dibangga2kan sbb ada jawatan la
ada nama la
tidak!
amanah tu berat, gunung ganang pun xsanggup menggalasnya..

memang KITA yang perlu jaga
sebab kita kan orang islam
bukan hanya Islam pada nama

dua tahun yang lalu,
ana kenal seorang ukhti ni dekat asasi unimas, waktu baru je selesai pendaftran. kami nak solat kat bilik xtahu kiblat. lepas tu, kami decide utk solat kat masjid unimas, dulu ana panggil surau sbb xtahu pun tu masjid. hikmahnya kat situ, ana kenal seorang teman baru yang baik.

hari demi hari, ana cuba mendidik diri untuk mencari cinta illahi kat masjid, alhamdulillah, semakin ramai dan semakin bertambah kenalan ana kat masjid, manisnya nikmat solat jemaah dengan kawan2, dulu pn ana pernah rasa tapi yang ini lain sebab memang kita sendiri yang nak pergi, if zaman sekolah dulu, xleh solat kat bilik, tp seriously kat surau Sesmalah yang mendidik dari awal. dan ana belajar untuk istiqomah, benda yang paling susah ana rasa, solat Dhuha, solat berjemaah, tp dengan ukhuwah yang terjalin jadi senang. biasanya kami selalu jumpa kat masjid time rehat pagi pukul 10 lebih, lepas tu smbung kelas balik mcm biasa. dan yang sweetnya, 'jom ke masjid solat dhuha'- ada pula orang ajak kita buat ibadah sekali-ajak kita sama2 merebut cintaNya

Rasulululah pun pernah bersabda,
Aku dituakan dengan istiqomah


ya, memang semua orang boleh
tapi berapa ramai yang dapat buat dengan konsisten
plus,ia berkait rapat degan soal hati dan iman
sehingga saat ni pun ana sendiri masih masih bertatih-tatih
dan alhamdulillah, Allah anugerahkan sahabat2 yg sentiasa mengingatkan kealpaan diri
itu yang berharga

xsemestinya
org baik2 je pi masjid
org berumur je pi masjid
org pakai kopiah n tudung labuh je pi masjid

siapa kita?
nk nilai baik, jahat, pelik, xsesuai?
kita semua sama disisi Allah

jadi, tiada diskriminasi dalam soal ni

Allah jualah yng menilai baik buruk insan
masjid tu rumah Allah
siapa2pun hambaNya layak utk menjejakkan kaki kat situ
dengan niat baik

jalan sama-sama menuju ke masjid sewaktu azan berkumandang memang sangat indah
berpimpingan tangan sesama sahabat kita
waktu tu juga,
kita boleh lihat kebesaran Allah di waktu senja
sekali gus menyahut seruan azan itu
 utk tinggalkan urusan duniawi sementara







bila ada pengisian kat masjid ataupun surau
kita dapat tambah ilmu
tanya ustaz sebarang kemusykilan
berbincang dengan kawan2 apa yang baru
bestkan?

usrah pun buat kat situ
qiam pun boleh
berbuka puasa ramai2
kadang2 boleh sama bersihkan masjid
lipat sejadah dan telekung sama2
demi keharmonian dan kebaikan  semua
semua tu percumaa, xyah bayar
malah sangat bernilai saat itu

cinta Allah tu dimana-mana sahaja, bukan hanya di masjid, lihat sekeliling kita dan amati setiap yang kita lihat, dengar, rasa, sentuh-lebih dari tu kan? malah, ada cintaNya antara kita-hargailah jiwa hamba yang Allah bagi-hargai bersama2-JOM!

Wednesday, February 1, 2012

journey of muslim aka JOM

Assalamualaikum dan salam ukhuwah

alhamdulillah, ana dicari selepas mencari
hebat kan Kuasa Allah dan kasih sayangNya
suatu ketika ana terdetik untuk hubungi kakak yang pernah bersua kat bintulu taun lepas
ana tahu kakak tu org terengganu n bekas pelajar SESMA tp xsempat waktu sekolah dulu
dengan izin Allah, ana ad simpan no telefon kakak tersebut

dari Sarawak ke Terengganu ke Sesma
dari Sesma ke Sarawak ke Terengganu
pusing2 macam tu je tempatnya
matlamatnya masih sama
indahnya ketetapan Allah
semuanya berkaitan dan merupakan tempat yang penting serta istimewa bagi ana

yang lebih istimewa
ana bersua kembali dengan cikgu, senior dan junior sekolah, ahli jaulah Terengganu ke Sarawak, adik kawan asasi Unimas, kawan bekas asasi unimas
pendek kata, cukup semuanya
kadang-kadang rasa seram n meremang bulu roma
sbb Allah makbulkan doa dan hasrat ana dan
sbb terlalu dasyat nikmat ukhuwah dan tarbiyah nie

dan alhamdulillah
walaupun menjadi peserta yg agak senior drpd adik2
Allah bagi peluang untuk ana turut bersama
dan mendapat ilmu daripada perkongsian tersebut
dan berkongsi apa yang adik2 tnya tentang kehidupan kat ipt



antara intipati program adalah:

tadabbur ayat Al-Quran
ijazah vs risalah
bahtera impian
recap ISK- ini sejarah kita

membuka mata hati dan minda insan
itulah yang ana dapat
serta ukhuwah antara org2 bru yg ana kenal
keseronokannya sama di Sarawak
dua2 tetap di hati

dakwah tarbiyah itu dimana-mana sahaja
ikhlaskan hati dan berlapanglah dada
mcm mana?
didik diri supaya sentiasa sedar akan kekurangan ilmu
akhirat mahupun dunia
sbg ingatan untuk diri sendiri dan teman seperjuangan

wassalam =)




Tuesday, January 24, 2012

jom!











p/s: bunga biru ihsan teman seperjuangan dr france, trime kasih =)

Friday, January 20, 2012

mujadid


Hasan al Banna r.a tatkala menjelaskan sifat-sifat peribadi seorang mujadid (pembawa perubahan) mengatakan:

    "Aku mampu membayangkan al mujadid itu sebagai seorang laki-laki yang sentiasa membuat persiapannya, menyediakan bekalannya, mampu menguasai fikirannya yang memenuhi segenap sudut jiwanya dan segenap jurusan hatinya,    dia sentiasa berfikir, menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap persiapan terus- menerus.

     Apabila diseru dia menyahut, apabila dipanggil dia menjawab, pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuk dirinya. Dia tidak mengambil tugas selain dari yang telah diletakkan oleh kehidupan dan tuntutannya ke atasnya dan berjihad di jalannya.

     Kamu dapat membaca pada garis wajahnya  dan melihat pada kilauan matanya dan mendengar deru gerakan lidahnya segala yang apa yang bergelora didalam hatinya samada dari hawa yang melekat, kesakitannya yang terpendam, segala keazaman yang benar dan bersungguh-sungguh, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh yang sentiasa memenuhi jiwanya."

insyaAllah, 
mudah-mudahan kita tergolong daripada kalangan ini
perubahan adalah satu penghijrahan
yang pasti
penghijrahan ke arah kebaikan =)
p/s: sanah helwah ukhti najibah aisyah, uhibbukifillah


Thursday, January 19, 2012

dunia tarbiyahku

Taburlah dakwah dgn cinta, kerana ia akan menarik dan membawa cinta..


simple
tp 
mampu menusuk hati kecil ini


bumi tarbiyah ana di Sarawak..
skrg ana tgh mencari tarbiyah di bumi kelahiran sendiri
Terengganu..
ya Allah permudahkanlah urusanku
lega setelah menerima panggilan drpd naqibah tersayang
semoga Allah merahmati segala usahamu untuk jalan dakwah ini..

Wednesday, January 18, 2012

warkah buat teman


Assalamualaikum w.b.t,

Surat ini kutitipkan khas buat sahabatku yang kusayangi kerana Allah, kerana kamu adalah saudara seislamku, seagamaku yang dianugerahkan Allah dalam hidupku.
Detik ini, aku hanyalah seorang manusia biasa, yang lemah, yang tidak mempunyai kekuatan yang teguh..kekuatan untuk menegur dirimu sekali gus mengingatkan diriku..
Aku..
Aku tak layak..
Namun..
Menjadi tanggungjawabku atas amanah Allah, membawa dirimu ke jalan yang benar, iaitu jalan yang diredhai Allah. Meskipun aku bukanlah insan yang cukup baik, yang serba kekurangan, yang ada cacat celanya di mata Allah, kugagahkan jua diriku untuk mengarang surat ini buatmu , sahabat yang kusayangi, jua sebagai peringatan untuk diriku terlebih dahulu..
Kerana..
Aku tak sanggup lagi menzalimi diriku dan dirimu..
Lebih-lebih lagi di hari pengadilan yakni kiamat nanti..

Sahabatku yang disayangi,
Sering kali kita lupa,
Sering kali kita ambil mudah tentang aurat sesama kita, sebagai wanita muslim
Sahabatku,
Kita hanya merasakan perlu untuk menjaga aurat di hadapan dan pada pandangan kaum Adam dan non-muslim sahaja, sedangkan..kita lupa..lupa sesuatu yang penting, iaitu
Aurat..aurat antara kita, sesama wanita islam..

Sahabatku,
Ingin kubicarakan di sini dari lubuk hatiku sendiri, bahkan ini merupakan teguran dari Allah buat diriku dan dirimu, kerana Dia, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sahabatku yang dicintai kerana Allah,
Aurat wanita sesama muslim adalah dari paras pusat hinggga ke paras lutut..ia perlu dijaga daripada pandangan sesama kita..haram..haram sahabatku apabila kita mendedahkan walaupun kita sesama perempuan..

Sahabatku,
Selama ini kita telah menzalimi diri masing-masing tanpa menyedarinya, melalui pemakaian kita, contoh terdekat yang kita dapat lihat ialah ketika berada di dalam rumah ataupun bilik, seluar pendek..yang menampakkan peha yang sepatutnya dilindungi..yang menjadi aurat antara kita

Pernahkah kita terfikir?

Akan zalimnya kita terhadap mata kurniaan Allah ini, memandang kepada yang tidak halal, yang Allah larang, juga zalim terhadap hati kecil ini, menambahkan lagi titik-titik hitam buatnya dek aurat yang tak terjaga itu..

Alangkah terseksanya mata kita..hati kita..peha kita..kerana mereka juga islam seperti kita,
Kita..menzalimi mereka iaitu anggota badan kita sendiri
Ya Allah, berdosanya kita terhadap mereka dan orang-orang sekeliling yang turut memandang,
Tak malukah kita? kepada manusia? Bahkan sepatutnya kepada Allah?



Sahabatku,
Maafkan diriku , kuutarakan hal ini kerana kasihku buat seorang sahabat kerana Allah,
Kerana aku takut..takut kepada Allah..apabila anggota badan selain mulut berkata-kata di hadapan Allah s.w.t. tentang kezaliman ke atas mereka,aurat mereka yang tak terjaga oleh tuannya sendiri

Sahabatku,
Aku tak ingin suatu hari kelak, di hari pengadilan yakni kiamat nanti, kamu menyalahkanku kerana tidak menegurmu, memperingatimu sebagi saudara seislamku, aku pasti..pasti bahawa kamu juga akan melakukan perkara yang sama buatku.. bukankah kita ingin menuju ke syurga Allah bersama-sama, tidaklah hanya mementingkan diri sendiri..maka sahabatku, marilah sama-sama kita menutup aurat  di hadapan orang sekeliling mahupun saudara perempuan sendiri, kerana..kita sangat berharga, jangan disiakan nikmat Allah itu..sesekali jangan!

Sahabatku yang disayangi kerana Allah,
Ketahuilah kamu, setiap kali mata bertemu aurat, fikiran ini tidak menentu, hati ini tidak tenang, lebih-lebih lagi kita..sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu, akan menyebabkan kita mudah lupa akan ilmu yang dipelajari, ilmu tidak berkat, kefahaman akan berkurang hari demi hari..dek memandang aurat yang haram itu.

Tidak kasihankah kita?
Menyebabkan orang sekeliling gusar dan tidak menentu tanpa kita perasan, walaupun mulut xberkata-kata, tetapi hati mereka tetap membenci akan perbuatan yang mendedahkan aurat itu.
Malah bertambah sedih..apabila..sambil membaca buku, terlihat aurat yang melintas di depan meja belajar..sambil makan, terlihat aurat ketika menyuapkan nasi ke mulut..bahkan banyak lagi yang kita tidak sensitif

Sahabatku,
Mulai saat ini,
Fikirkanlah tentang dirimu dan orang-orang sekelilingmu kelak,
Sanggupkah kamu berbantahan dan saling menyalahkan di akhirat kelak?
Kerana tiada yang menegur akan haramnya mendedahkan aurat sesama perempuan.

Sanggupkah kamu buat diriku seperti itu?
Sanggupkah aku membiarkan dirimu begitu?

Tak sanggup sahabatku,
kerana aku menyayangimu kerana Allah
dan kerana Allah jua menyayangi kamu..

 Alahamdulillah, Allah permudahkan urusan kami..semoga ianya berkekalan..uhibbukifillah ukhti..