p/s: bunga biru ihsan teman seperjuangan dr france, trime kasih =)
satu permulaan...
" Seindah Ciptaan ILahi "
Salam ukhuwah..setiap makhluk Allah di muka bumi ini dicipta dengan sebaik-baik kejadian..Maka, dengan itu, kita sebagai hambanya yang kerdil haruslah mensyukuri segala nikmat dan kurniaanNya...Anugerah yang tidak ternilai untuk manusia adalah AKALnya..tanpa akal siapalah manusia itu..dengan akal itulah kita memperoleh keimanan,kewarasan dan kebaikan untuk menuju ke arahnya jalan yang diredhainya..Alhamdulillah..InsyaAllah, ikhlaskan segala perbuatan kita kepadaNya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..DariNya kita diciptakan dan kepadaNya jualah kita kembali..
Tuesday, January 24, 2012
Friday, January 20, 2012
mujadid
Hasan al Banna r.a tatkala menjelaskan sifat-sifat
peribadi seorang mujadid (pembawa perubahan) mengatakan:
"Aku
mampu membayangkan al mujadid itu sebagai seorang laki-laki yang sentiasa
membuat persiapannya, menyediakan bekalannya, mampu menguasai fikirannya yang
memenuhi segenap sudut jiwanya dan segenap jurusan hatinya,
dia sentiasa berfikir, menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap persiapan
terus- menerus.
Apabila diseru dia
menyahut, apabila dipanggil dia menjawab, pulang dan perginya, perkataan dan
bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan
untuk dirinya. Dia tidak mengambil tugas selain dari yang telah diletakkan oleh
kehidupan dan tuntutannya ke atasnya dan berjihad di jalannya.
Kamu dapat membaca pada
garis wajahnya dan melihat pada kilauan matanya dan mendengar deru
gerakan lidahnya segala yang apa yang bergelora didalam hatinya samada dari
hawa yang melekat, kesakitannya yang terpendam, segala keazaman yang benar dan
bersungguh-sungguh, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh yang sentiasa
memenuhi jiwanya."
insyaAllah,
mudah-mudahan kita tergolong daripada kalangan ini
perubahan adalah satu penghijrahan
yang pasti
penghijrahan ke arah kebaikan =)
p/s: sanah helwah ukhti najibah aisyah, uhibbukifillah
Thursday, January 19, 2012
dunia tarbiyahku
Taburlah dakwah dgn cinta, kerana ia akan menarik dan membawa cinta..
simple
tp
mampu menusuk hati kecil ini
bumi tarbiyah ana di Sarawak..
skrg ana tgh mencari tarbiyah di bumi kelahiran sendiri
Terengganu..
ya Allah permudahkanlah urusanku
lega setelah menerima panggilan drpd naqibah tersayang
semoga Allah merahmati segala usahamu untuk jalan dakwah ini..

Wednesday, January 18, 2012
warkah buat teman
Assalamualaikum w.b.t,
Surat ini kutitipkan khas buat sahabatku yang kusayangi
kerana Allah, kerana kamu adalah saudara seislamku, seagamaku yang
dianugerahkan Allah dalam hidupku.
Detik ini, aku hanyalah seorang manusia biasa, yang
lemah, yang tidak mempunyai kekuatan yang teguh..kekuatan untuk menegur dirimu
sekali gus mengingatkan diriku..
Aku..
Aku tak layak..
Namun..
Menjadi tanggungjawabku atas amanah Allah, membawa dirimu
ke jalan yang benar, iaitu jalan yang diredhai Allah. Meskipun aku bukanlah
insan yang cukup baik, yang serba kekurangan, yang ada cacat celanya di mata
Allah, kugagahkan jua diriku untuk mengarang surat ini buatmu , sahabat yang
kusayangi, jua sebagai peringatan untuk diriku terlebih dahulu..
Kerana..
Aku tak sanggup lagi menzalimi diriku dan dirimu..
Lebih-lebih lagi di hari pengadilan yakni kiamat nanti..
Sahabatku yang disayangi,
Sering kali kita lupa,
Sering kali kita ambil mudah tentang aurat sesama kita,
sebagai wanita muslim
Sahabatku,
Kita hanya merasakan perlu untuk menjaga aurat di hadapan
dan pada pandangan kaum Adam dan non-muslim sahaja, sedangkan..kita lupa..lupa
sesuatu yang penting, iaitu
Aurat..aurat antara kita, sesama wanita islam..
Sahabatku,
Ingin kubicarakan di sini dari lubuk hatiku sendiri,
bahkan ini merupakan teguran dari Allah buat diriku dan dirimu, kerana Dia,
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sahabatku yang dicintai kerana Allah,
Aurat wanita sesama muslim adalah dari paras pusat
hinggga ke paras lutut..ia perlu dijaga daripada pandangan sesama kita..haram..haram
sahabatku apabila kita mendedahkan walaupun kita sesama perempuan..
Sahabatku,
Selama ini kita telah menzalimi diri masing-masing tanpa
menyedarinya, melalui pemakaian kita, contoh terdekat yang kita dapat lihat
ialah ketika berada di dalam rumah ataupun bilik, seluar pendek..yang
menampakkan peha yang sepatutnya dilindungi..yang menjadi aurat antara kita
Pernahkah kita terfikir?
Akan zalimnya kita terhadap mata kurniaan Allah ini,
memandang kepada yang tidak halal, yang Allah larang, juga zalim terhadap hati
kecil ini, menambahkan lagi titik-titik hitam buatnya dek aurat yang tak
terjaga itu..
Alangkah terseksanya mata kita..hati kita..peha
kita..kerana mereka juga islam seperti kita,
Kita..menzalimi mereka iaitu anggota badan kita sendiri
Ya Allah, berdosanya kita terhadap mereka dan orang-orang
sekeliling yang turut memandang,
Tak malukah kita? kepada manusia? Bahkan sepatutnya
kepada Allah?
Sahabatku,
Maafkan diriku , kuutarakan hal ini kerana kasihku buat
seorang sahabat kerana Allah,
Kerana aku takut..takut kepada Allah..apabila anggota
badan selain mulut berkata-kata di hadapan Allah s.w.t. tentang kezaliman ke
atas mereka,aurat mereka yang tak terjaga oleh tuannya sendiri
Sahabatku,
Aku tak ingin suatu hari kelak, di hari pengadilan yakni
kiamat nanti, kamu menyalahkanku kerana tidak menegurmu, memperingatimu sebagi
saudara seislamku, aku pasti..pasti bahawa kamu juga akan melakukan perkara
yang sama buatku.. bukankah kita ingin menuju ke syurga Allah bersama-sama,
tidaklah hanya mementingkan diri sendiri..maka sahabatku, marilah sama-sama
kita menutup aurat di hadapan orang
sekeliling mahupun saudara perempuan sendiri, kerana..kita sangat berharga,
jangan disiakan nikmat Allah itu..sesekali jangan!
Sahabatku yang disayangi kerana Allah,
Ketahuilah kamu, setiap kali mata bertemu aurat, fikiran
ini tidak menentu, hati ini tidak tenang, lebih-lebih lagi kita..sebagai
seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu, akan menyebabkan kita mudah lupa
akan ilmu yang dipelajari, ilmu tidak berkat, kefahaman akan berkurang hari
demi hari..dek memandang aurat yang haram itu.
Tidak kasihankah kita?
Menyebabkan orang sekeliling gusar dan tidak menentu
tanpa kita perasan, walaupun mulut xberkata-kata, tetapi hati mereka tetap
membenci akan perbuatan yang mendedahkan aurat itu.
Malah bertambah sedih..apabila..sambil membaca buku,
terlihat aurat yang melintas di depan meja belajar..sambil makan, terlihat
aurat ketika menyuapkan nasi ke mulut..bahkan banyak lagi yang kita tidak
sensitif
Sahabatku,
Mulai saat ini,
Fikirkanlah tentang dirimu dan orang-orang sekelilingmu
kelak,
Sanggupkah kamu berbantahan dan saling menyalahkan di
akhirat kelak?
Kerana tiada yang menegur akan haramnya mendedahkan aurat
sesama perempuan.
Sanggupkah kamu buat diriku seperti itu?
Sanggupkah aku membiarkan dirimu begitu?
Tak sanggup sahabatku,
kerana aku menyayangimu kerana Allah
dan kerana Allah jua menyayangi kamu..
terdetik..
Assalamualaikum dan salam perjuangan!
sebenarnya cuti sem ana dah bermula
tatkala ianya bermula maka bermulalah PERANG dalam diri hambaMU yang kerdil ini
memang, naqibah ana sering berkata,
if kita rmai-rmai insyaAllah kita akan kuat melaksanakan segala2nya yang boleh mengukuhkan cinta kita terhadap Illahi
tp bila kita sorang2, bisikan nafsu dan syaitan meyerang bertubi2, hanya Allah yang tahu macam mana kita rasa pada saat itu, tp ana harap jangan kita mudah terpedaya kerana kita telah mengambil masa yg lama untk membina perisai iman dalam diri dengan menghadiri usrah dan majlis2 ilmu, rugi kan? if runtuh macam tu je..
dan pasti Allah akan menguji hamba2nya yang mengaku beriman kepadaNYA..jangan pernah kita lupa janji Allah! dan kemenangan yang sebenar-benarnya apabila kita di akhirat kelak terselamat daripada api neraka! insyaAllah...
sebelum pulang ke semenanjung, tempat kejadian dalam bilik, ana ada dua org roommates, waktu tu, usrah kami seringkali dipinda dan ditangguhkan ats sebab2 tertentu, usrah medic, usrah ini dan usrah itu, kiranya macam dh lama dh xpergi usrah, serius terasa hati jadi kering, seolah-olah kehidupan tu berlalu begitu je, xlengkap..
walaupun usrah kami lain2 tapi kami tetap meyayangi satu sama lain dan cuba menjalankan tanggungjawab terhadap saudara sesama muslim, bagi kami, tiada apa yg membezakan antara kami..mana mungkin fikrah yang berlainan boleh memutuskan ukhuwah yg terjalin kerana Allah dengan izinNYA kan? bahkan kami berdoa agar suatu hari nanti kita akan bersatu mencapai kegemilangan ISLAM. insyaAllah
"dah lama kan xgie usrah?"
ana melontarkan satu pertanyaan untuk diri sendiri sebenarnya, lebih kurang mcm ckp sorang2 la sambil kemas2 katil, tetapi dengan izin Allah, dalam masing2 sibuk ngan hal masing, ada dua suara yang menjawab, dan ana sendiri terkejut! kuat ke aku tnya tadi (monolog dalam hati)
ada hikmahnya kan..
semua orang prihatin
semua orang mendambakannya
semua orang merinduinya
pengisian hati dan jiwa
usrah...
membentuk peribadi muslim
dua2 roommates ana menjawab sekaligus serentak," ha'ah" mengia2kan pertanyaan ana tadi
Alhamdulillah..
agak terkilan sbb xsempat jumpa naqibah sebelum balik..
tp insyaAllah akan mencuba sedaya upaya supaya sentiasa keep in touch dalam dunia tersayang..
dunia tarbiyah ana dan akhowat2 fillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)