Assalamualaikum dan salam perjuangan!
sebenarnya cuti sem ana dah bermula
tatkala ianya bermula maka bermulalah PERANG dalam diri hambaMU yang kerdil ini
memang, naqibah ana sering berkata,
if kita rmai-rmai insyaAllah kita akan kuat melaksanakan segala2nya yang boleh mengukuhkan cinta kita terhadap Illahi
tp bila kita sorang2, bisikan nafsu dan syaitan meyerang bertubi2, hanya Allah yang tahu macam mana kita rasa pada saat itu, tp ana harap jangan kita mudah terpedaya kerana kita telah mengambil masa yg lama untk membina perisai iman dalam diri dengan menghadiri usrah dan majlis2 ilmu, rugi kan? if runtuh macam tu je..
dan pasti Allah akan menguji hamba2nya yang mengaku beriman kepadaNYA..jangan pernah kita lupa janji Allah! dan kemenangan yang sebenar-benarnya apabila kita di akhirat kelak terselamat daripada api neraka! insyaAllah...
sebelum pulang ke semenanjung, tempat kejadian dalam bilik, ana ada dua org roommates, waktu tu, usrah kami seringkali dipinda dan ditangguhkan ats sebab2 tertentu, usrah medic, usrah ini dan usrah itu, kiranya macam dh lama dh xpergi usrah, serius terasa hati jadi kering, seolah-olah kehidupan tu berlalu begitu je, xlengkap..
walaupun usrah kami lain2 tapi kami tetap meyayangi satu sama lain dan cuba menjalankan tanggungjawab terhadap saudara sesama muslim, bagi kami, tiada apa yg membezakan antara kami..mana mungkin fikrah yang berlainan boleh memutuskan ukhuwah yg terjalin kerana Allah dengan izinNYA kan? bahkan kami berdoa agar suatu hari nanti kita akan bersatu mencapai kegemilangan ISLAM. insyaAllah
"dah lama kan xgie usrah?"
ana melontarkan satu pertanyaan untuk diri sendiri sebenarnya, lebih kurang mcm ckp sorang2 la sambil kemas2 katil, tetapi dengan izin Allah, dalam masing2 sibuk ngan hal masing, ada dua suara yang menjawab, dan ana sendiri terkejut! kuat ke aku tnya tadi (monolog dalam hati)
ada hikmahnya kan..
semua orang prihatin
semua orang mendambakannya
semua orang merinduinya
pengisian hati dan jiwa
usrah...
membentuk peribadi muslim
dua2 roommates ana menjawab sekaligus serentak," ha'ah" mengia2kan pertanyaan ana tadi
Alhamdulillah..
agak terkilan sbb xsempat jumpa naqibah sebelum balik..
tp insyaAllah akan mencuba sedaya upaya supaya sentiasa keep in touch dalam dunia tersayang..
dunia tarbiyah ana dan akhowat2 fillah.
satu permulaan...
" Seindah Ciptaan ILahi "
Salam ukhuwah..setiap makhluk Allah di muka bumi ini dicipta dengan sebaik-baik kejadian..Maka, dengan itu, kita sebagai hambanya yang kerdil haruslah mensyukuri segala nikmat dan kurniaanNya...Anugerah yang tidak ternilai untuk manusia adalah AKALnya..tanpa akal siapalah manusia itu..dengan akal itulah kita memperoleh keimanan,kewarasan dan kebaikan untuk menuju ke arahnya jalan yang diredhainya..Alhamdulillah..InsyaAllah, ikhlaskan segala perbuatan kita kepadaNya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..DariNya kita diciptakan dan kepadaNya jualah kita kembali..
No comments:
Post a Comment