Terpilih
Apa perasaan kita?
Bersyukur sik?
Allah pilih kita. Untuk merasai nikmat berada dalam dunia
tarbiyah. Biah yang solehah. Supaya kita, umat Islam jadi bangsa yang mulia.
Untuk mencapai kemenangan mutlak (Ustaziyatul Alam)
Firman Allah dalam Al-Quran (maksudnya)
Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih
hati, sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang bertaqwa.
(3:139)
Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang
beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka (disediakan)syurga-syurga
yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki
buah-buahan dari syurga, ”Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu”.
Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh)
pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.
(2:25)
Janji Allah itu pasti.
Apa lagi yang didambakan seorang muslim kalau bukan menjadi
penghuni syurga. Itu yang abadi.
Maka bersabarlah engkau (Muhammad), sesungguhnya janji
Allah itu benar dn sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini
(kebenaran ayat-ayat Allah) menggelisahkan engkau
(30:60)
Kasih Allah meliputi semua hamba-hambanya.
Tidak mengenal usia,
tidak mengira bangsa atau Negara, bukan bersandarkan warna kulit, bukan
pada bezanya jantina, mahupun kekurangan atau kelainan upaya.
Kerana, Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang
yang paling bertaqwa
Jangan kita sombong!
Sedarkah kita? Yang sering kali meminta-minta dengan Allah
dalam kehidupan ini. DIA yang memperkenankan segala-galanya. Dan DIA juga
mengetahui yang terbaik buat hamba-hambanya.
Firman
Allah (maksudnya):
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
(surah Ghafir: 60).
Apabila
dipilih, jangan kita lupa kepada saudara-saudara sesama muslim
Ajak!
Sebab kita kan nak masuk syurga sama-sama.
Dakwah bil hikmah.
FirmanAllah SWT :
“Dan hendaklah ada diantara
kamu satu umat yang mengajak kepada kebaikan, yang menyuruh mengerjakan ma’ruf
dan mencegah dari yang mungkar.Mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Al-Imran:104)
·
Sampaikan apa yang sesuai dengan kadar( keadaan seseorang)
·
Sampaikan apa yang sesuai dengan peribadinya
·
Tonjolkan akhlak Islami
·
Ziarahi mereka supaya sentiasa dekat dengan kita
Bagi tahu mereka, apa tujuan hidup kita sebagai seorang muslim!
Sama-sama kita memperingati satu sama lain
* untuk beribadah
kepada Allah sesuai dengan syariatnya
QS(51:56)
*sebagai khalifah di bumi Allah S.W.T @ menegakkan khilafah Allah di muka bumi,
QS(2:30)
No comments:
Post a Comment