Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Ya Rabbi, dengarlah luahan isi hati hambaMu yang kerdil lagi
hina ini, tabahkan hati hambaMu ini Ya Allah, Sesungguhnya Aku telah
ditakdirkan dan terpilih untuk berada di jalan ini dengan rela hati setelah
sedetik masa berlalu. Ya Allah, Aku memohon kasih sayangMu agar Aku menjadi
orang terus menerus memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepadaMu, Ya
Allah, Engkau sentuhlah hati kecilku ini dengan kekuatanMu agar Aku tabah
mengharungi segala ujian dan halangan mendatang dan bakal kutempuhi. Ku akui, diriku
pernah jatuh cinta dengan bidang ini Ya Allah, sesungguhnya, Engkau lebih
Mengetahui segala rasa dan isi hatiku, Cuma Aku tidak pernah sesekali menyangka
bahawa Aku akan berkhidmat kepada agama dan masyarakat sebagai seorang
JURURAWAT MUSLIMAH. Itu khilafku, mungkin sebelum ini Aku tidak tulus dan
ikhlas keranaMu sepenuhnya Ya Allah,
sombong dengan kurnia yang Engkau anugerahkan, Ampunkan segala khilaf dan
dosa-dosaku Ya Allah. InsyaAllah, Aku redha dengan segala ketentuanMu Ya Allah.
Jujur kurasakan sukar Ya Allah. Namun hatiku tersentap bila mana kesusahan yang
kurasakan hanya secalit debu halus berbanding penderitaan dan perjuangan
saudara-saudaraku di Palestin tercinta. Aku malu denganMu Ya Allah, atas segala
nikmat dan ujian yang telah Engkau coretkan buatku, jauhilah aku daripada lemah
dan tidak berdaya, mudah mengeluh dan berputus asa. Aku ingin bangkit kembali memburu
redhaMu dalam setiap turun naik nafasku.
Ya Allah Ya tuhanku, Engkau kuatkanlah aku di saat
sahabiah2ku berhasrat untuk menukarkan kos pengajian mereka demi kebaikan
semua, kuatkanlah aku di saat pensyarahku juga mengatakan dia meneruskan
profesyen dalam bidang kejururawatan demi ibu bapa tercinta bukan kerana
kerelaan hatinya, Engkau tabahkanlah aku di saat mereka-mereka mempersoalkan
kenapa aku memilih untuk berjuang dalam bidang ini, Engkau tabahkanlah hatiku
di saat saudara-maraku serta keluarga besarku terkejut dengan pilihanku ini, kuatkanlah
aku di saat semua orang memandang rendah terhadap kami ya Allah hanya kerana
kami merupakan pelajar kejururawatan. Aku lemah ya Allah, semua ini bisa mengugat
semangatku, menyentap jiwaku, betapa peritnya tatkala tersenyum apabila
berdepan dengan pertikaian2 yang menikam sanubariku, demiMu Ya Allah, aku
sanggup! Aku ingin berbakti sebagai seorang jururawat yang mampu merawat
jasmani dan rohani ummah!
Semoga cintaMu menyuntik semangat dan keazamanku
sehingga ke akhir hayatku dan semoga Aku masih mampu tersenyum dan bermanfaat
untuk semua. Aku akan belajar mencintai segala2nya yang Engkau redhai.
syariatMu tiadak akan sekali-kali kutinggalkan, permudahkanlah urusan kami Ya
Allah. Tiada daya upaya melainkan hanya kepadaMu Ya Rabb.
Salam sayang,
Pengemis cinta Ilahi
Aisyah..tanpa jururawat siapalah doktor...
ReplyDeletebelieve me.. Allah had sent u to the right path.
just stay on dat way..u can do it.
2:284
apa2 pun keputusan Aisyah..cuya sentiasa sokong Aisyah dari jauh.
la tahzan ukhtiku terchenta :)
insyaAllah, jazakillah ya ukhti
ReplyDelete