Ujian
Assalamualaikum,
hari ni ana ingin kongsikan satu kisah
perjalanan hidup seorang hamba Allah yang sangat tabah. Perkenalan ini masih
baru dan masih berusia lebih kurang 5 jam waktu ana tengah menulis ni. Sungguh
tak disangka pertemuan yang singkat itu, merentap jiwaku yang kerdil ini. Ingin
ku tepuk-tepuk bahunya, genggam tangannya kerana ana dapat rasakan insan ini
sangat ikhlas dan redha dengan takdir yang telah Allah corakkkan buatnya..
Akak..
Itulah tandanya Allah sayang akak..
Ujian itu menguji cinta kakak terhadapNYA
Bukan semua yang terpilih seperti akak
Waktu itu, ana tahan, tahan rasa sebak supaya tak nangis
depan akak yang sedang khusyuk bercerita. Telinga yang mendengar, mata yang
melihat takkan sama rasa dengan apa yang akak lalui. Akak terus menerus
meluahkan tanpa keluhan sedikitpun sedangkan meremang bulu roma orang yang
mendengar. Semoga Allah merahmati akak.
Sebelum itu ana ada terdengar, perbualan akak ngan orang
sebelah..
‘ kat Sarawak tu ada satu tempat tu nama ye Serikin, ye dekat
ngan Indon, barang kat tu banyk yang murah2’
Dalam hati ana waktu tu, eh! Sarawak la..kebetulan,waktu
tu pakai baju yang beli kat Serikin. Rasa malu =)
Tiba2 akak tegur..
‘no berapa?’
Owh, saya xguna
nombor, tunggu cikgu call je( belajar kereta)
‘owh, ada berape jam agy?’
Ermm, xtau gop sbb belajar ngan cikgu jd xtahu berape jam
doh.
Cakap punya cakap,
sampailah akak tanya ‘belajar kat mana?
Ana jawab, ‘Sarawak, Unimas
'Hah! Jupe doh sini, Akak belajo situ gop =) tahun akhir
doh. fakulti ap?'
Owh, yeke! Nursing kat Kuching.
'Banjir kan aritu, kena naik kete beso lau nok lalu'
Ana mengiakan, Haah, banjir, tp cepat surut
'Akak selang sehari pi hospital kat tu, buat dialysis,
tahu kan?'
cuci buah pinggang
bermulalah
kisah ini, mula2 ana hairan yg akak cakap selang sehari gi hospital, rupa2nya
akak sakit.
Akak cakap
buat dialysis biasanya dalam 4 jam, ad yang 6, ad yang 8, kalau orang ramai 2
jam je tp
xpela asalkan buat
akak cakap. Kalau tak jadi berat ngan air. Ana tanya, sakit tak? Akak cuma
cakap letih je..akak tunjuk tangan akak, bekas2 jarum yg dicucuk berbalam2.
Akak cakap akak dahaga sngt2 sbb akak jenis yang suka minum air,lebih2 lg cuaca
tgh panas, tp takleh minum sbb petang ni kena pergi hospital, cuci, nanti berat
ngan air. Doctor ngan nurse dah pesan xleh minum air bnyk2. akak kena penyakit
ni waktu waktu umur 6 tahun. Doctor pun xpasti disebabkan keturunan ataupun
pemakanan.
kukira dari umurnya dah berpuluh2 tahun akak ni sakit. .
Ya Allah, engkau takkan menguji hambamu sesuatu yang
tertanggung olehnya. Kuatnya kakak nie!
Macam mana kelas akak, if selalu kena cuci? Ana tanya..
If ada kelas pg
akak pergi petang, if ad petang, akak pergi pagi, setiap minggu pack jadual
dengan belajar n rawatan. Nie ujian untuk akak, jawabku..
akak suka bila orang kata ni ujian dari Allah, sbb memang
ni ujianNYA katanya sambil tersenyum.
Akak cakap ada insan2 yang nak derma buah pinggang kat
akak dan selalu tanya akak bila nk buat? Mereka dah sedia n selalu hubungi akak
pasal ni, tp akak cakap, bila bagitahu kat family, mereka diam je, mummy dan
abah diam, walaupun dah bnyk kali tanya,makcik2 yg sama sakit ngan akak pun
diam je masa kat hospital bila akak kata ad org nk derma buah pinggang. Makcik
tu cakap,’xpelah dik, mak cik ni dah tua, umur pun dah msuk 60, xpela, dik buat
la, adik muda lg..
Akak pun hairan dgn family akak, akak harap mereka xfikir
yg bukan2 dan berdoa utk akak, tapi masih seperti itu, akak cakap mungkin
mereka bimbang sebab akak pun ada diabetes, risiko agaknya fikirku..rupa2nya..
Akak cakap akak ada dua orang kakak..tapi dua2 dah arwah,
dah meninggal taun lepas, selang 44 hri je mereka meninggal dunia, sorang sakit
kanser tulang, sorang lg sakit macam akak. Akak cakap, adik beradik akak ad 11
orang, walaupun 2 je hilang, tapi rasa sunyi sngt2. Akak kata waktu arwah
meninggal akak n adik beradik tgk muka arwah senyum, senyum mewek, senyum macam
org yg hidup..
Ana pun senyum. Pastu akak kata ‘ha! Macam tulah kakak
saya senyum, macam awak senyum td. Akak cakap arwah sangat baik dan rapat ngan
mummy, selalu tolong2 buat kerja rumah. Akak teruskan lg..yang arwah sorang
lagi, rapat sangat ngan akak dan abah, orang pun cakap muka nak sama cam
kembar, lagi2 arwah nie satu universiti,
satu rumah n satu bilik ngan akak kat unimas, kos pun same cuma arwah nie
senior akak. Arwah ada masalah jantung waktu buat rawatan, air masuk dalam
salur jantung, n satu lg akak kata arwah dah sebulan xpergi buat dialysis.
Waktu tu xde org tahu yg arwah dah kena buat dialysis. Akak cakap, bila akak
kena, baru akak tahu yang dialysis tu kena buat sokmo, xleh tinggal, kalau x
bahaya..walaupun arwah dah xde, akak still guna selimut n cadar arwah, akak
xpernah basuh selimut tu, baju2 je akak basuh...
Ya Allah, xdapat kubayangkan andai kuditempatnya..
Akak memang rapat
ngan arwah...waktu arwah sakit, akak kat Sarawak, arwah kat Terengganu, waktu
tu family xde duit nk beli tiket flight. Akak cakap, kawan2 akak tolong akak
guna duit tabung. Akak pesan kat abah, tunggu akak balik sebelum kebumikan
arwah, dan Alhamdulillah, akak cakap akak sempat mandikan dua2 arwah adik
beradik tersebut. Sama macam arwah yang pertama, akak bagitahu, arwah pun
senyum waktu meninggal, akak kata arwah seorang yang baik...
Hebat kan hamba Allah ini diuji
Kehilangan orang yang dikasihi, yg juga teman seperjuangan..
Bahkan dirinya turut diuji..
Ana kagum ngan akak, akak sangat tabah! Lebih2 lg kita
sama kak, belajar kat seberang sana, akak tetap teruskan hingga ke tahun akhir.
Ana doakan semoga Allah permudahkan urusan akak kat mana2 pun. Waktu tu,
serius, rasa nak nangis dan rasa sangat sakit mencucuk2 jiwa selepas dengar
cerita akak, tp raut muka akak tenang je, suara akak pun terus-menerus tanpa
sendu sedikitpun dengan apa yang telah Allah takdirkan untuk hidup akak..
Sebelum perbualan
tamat, ana sempat menyalami akak. Semoga kekuatan akak turut meresap dalam jiwa
dan darah ana. Ana rasa sangat bertuah dipilih Allah untuk dengar kisah2 akak.
Bukan senang orang nak kongsi cerita dan kisah hidup kepada orang yang baru je
kita kenal. Ada hikmahnya kan..dan sekarang izinkan ana sebarkan ketabahan dan
kesabaran akak kepada teman2 seperjuangan ana..
Ana harap, kita semua dapat jadi setabah kakak ni..Allah
uji hamba2nya dalam berbagai2 bentuk ujian..jangan kita putus asa ye! Ad insan
yg lebih hebat ujian daripada kita. Kadang2, kita diuji dengan result exam yg
rendah, tp pada masa yang sama ada insan yg diuji dengan kehilangan nyawa dan
penyakit yang kronik. Allah bagi kita peluang untuk buktikan cinta kita
terhadapNYA. Kasih sayang dan cintaNYA tiada bandingan. Sama2 kita doakan
kesejahteraan hidup kita dan insan2 tersebut ye.
Alhamdulillah..
Akak, insyaAllah, jumpa lagi.
Terima kasih cerita kat saya tadi..
Nama akak?
N....
=)