satu permulaan...

" Seindah Ciptaan ILahi "


Salam ukhuwah..setiap makhluk Allah di muka bumi ini dicipta dengan sebaik-baik kejadian..Maka, dengan itu, kita sebagai hambanya yang kerdil haruslah mensyukuri segala nikmat dan kurniaanNya...Anugerah yang tidak ternilai untuk manusia adalah AKALnya..tanpa akal siapalah manusia itu..dengan akal itulah kita memperoleh keimanan,kewarasan dan kebaikan untuk menuju ke arahnya jalan yang diredhainya..Alhamdulillah..InsyaAllah, ikhlaskan segala perbuatan kita kepadaNya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..DariNya kita diciptakan dan kepadaNya jualah kita kembali..

Thursday, August 4, 2011

Ana baru tahu yang....

Assalamualaikum dan salam Ramadhan, 

hari ni ana ingin kongsikan suatu perkara yang selama ini ana pun xberape sensitif dan tidak mengetahui tentang kebenaran disebalik sesuatu yang telah Allah tetapkan. Khilafnya diri ini dalam menilai sesuatu hikmah drNYA. sebab itulah, Allah jadikan sesuatu perkara atau hal itu dengan hikmahnya agar kita sbg hambanya beriman dan bertaqwa.dan ana juga ingin mengajak sahbat2 agar sentiasa muhasabh diri dengan memaafkan kesalahan orang terhadap kita dengan harapan kpd Allah, orang lain juga memaafkan kesalahan kita.jangan terlalu ingin menyalahkan kerana kita sebagai manusia tidaklah sempurna dan perlu sentiasa membaiki diri untuk kebaikan dan yang penting bersangka baik dengan Allah dan saudara2 seislam kita..jagalah hubungan dengan Allah dan juga dengan insan kerana xrugi walau sesen pun! bahkan dapat merasai mardhatillah yakni keredhaanNYA.

DOSA ORANG YANG BERKECIL HATI

" Sekiranya kita membuatkan orang berkecil hati, kita akan berdosa. Jika kita juga berkecil hati, kita juga berdosa tetapi lebih besar dosa yang berkecil hati itu.

Fakri melihat poster yang dilekat pada papan kenyataan masjid. Dia berasa hairan. Berkecil hati lebih besar dosanya daripada mengecilkan hati orang lain? kebetulan pada waktu itu, ustaz ada di dalam masjid. Dia pun berjumpa dengan ustaz untuk bertanya tentang hal itu.

Fakri: Assalamualaikum ustaz!

Ustaz: Waalaikumussalam. Oh, Fakri rupanya! Ada apa-apa ustaz boleh bantu?

Fakri: Err..macm ni ustaz. Tadi saya tegok kat luar tu, ada satu poster tentang berkecil hati. Yang saya baca tadi, orang yang berkecil hati lebih besar dosa berbanding yang mengecilkan hati orang lain.

Ustaz: Betul la yang tertulis tu. Kenapa?

Fakri: Yang tu la saya nak tanya ustaz. Kenapa jadi macam tu pulak? Bukankah orang yamg menyakiti hati saudaranya saja yang berdosa? Orang yang berkecil hati tu tak buat apa-apa pun.

Ustaz: Sebabnya, orang yang menghina tu penghinaannya adalah peringatan dari Allah.

Fakri: Huh? *kurang jelas*

Ustaz: Baiklah, mari ustaz jelaskan. Nak tau kenapa kita dihina oleh orang? Kerana Allah nak uji kita. Tujuan Allah nak uji kita juga sebenarnya nak ingatkan diri kita yang dah leka sangat dengan dunia. Bila kita berkecil hati, maknanya kita tak redha dengan ujian Allah. Pendek kata, kita bukan berkecil hati dengan orang, tapi dengan Allah.

Fakri: Oohh, faham-faham.

Ustaz: Yang lebih parah, bila kita bercerita kepada kawan-kawan. " Dia sakitkan hati aku, aku terasa dengan apa yang dia cakap..."dan macam-macam lagi la. Kawan-kawan tu pula akan ceritakan lagi kepada kawan-kawan dia yang lain. "Kesian dia, ada orang sakitkan hati dia.."Keredhaan terhadap ujian Allah itu akan lesap begitu saja.

Fakri: Err..*terasa*

ustaz: Ustaz tau, kamu pun mesti selalu terasa dengan apa yang orang cakap, betul tak?

Fakri: Emm... *mengangguk*

Ustaz: Manusia memang takkan terlepas daripada penghinaan. Sedangkan Nabi sendiri dihina, dicemuh oleh bangsanya sendiri dahulu, apatah lagi kita yang bergelar umatnya saja. Jafi, pesan ustaz, jangan la terasa hati. Redga la dengan setiap perkara, jangan biarkan Allaj yang tak redha dengan kita. Anggap saja la apa yang orang katakan mengenai kita tu sebagai satu nasihat atau teguran. Boleh kan? *tersenyum*

Fakri: InsyaAllah ustaz, syukran! Sekarang saya dah faham. Lepas ni tak boleh lagi nak berkecil hati dengan siapa-siapa walau teruk macam mana pun dihina. Ustaz pun tolong doakan saya supaya jadi insan yang tabh ya? =)



Ibrah yang dapat kita ambil dr cerita diatas ialah kita perlu sentiasa bersangka baik walaupun kita dicemuh atau dijadikan subjek yang orang tidak suka. setiap yang berlaku adalah ketentuanNya. Alhamdulillah, ana dapat artikel ini drpd sebuah blog yang dikongsi oleh teman baik ana. syukran ya!


2 comments: