kehidupan yg kita sedang jalani sudah hampir memasuki fasa ketiga ramadan. sedihnya apabila bulan ini berlalu pergi kerana ia telah mendidik jiwa raga insan bagi mencari keredhaanNya. semoga Allah menerima segala ibadah kita untuk sebelum2nya, semalam, hari ini, seterusnya dan selama2-lamanya berkat tarbiyah bulan yang mulia ini!
Nasihati Ana Ya!
jangan biarkn diri yang bnyk melakukan kekhilafan ini terus hanyut, leka dan tidak bersemangat. jangan malu unutk tegur ana. silakan! Ana malu dengan Allah apabila melakukan sesuatu yang kita tahu tidak perlu dan tidak patut melakukannya. hidup kita hendaklah berpandukan Al-Quran dan Sunnah kan. Bru mendapat keberkatan dan terjaga di sisi agama Islam yang syumul ini. tegurlah! Nasihatlah! sesungguhnya semua itu dr Allah kerana Dia Maha Pengampun dosa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada semua makhluk ciptaanNya. Ana akan cuba penuh hati untuk berubah ke arah kebaikan dan sentiasa bermuhasabah diri, insyaAllah. memang setiap insan itu tidak sempurna tapi tiada salahnya jika sentiasa membaiki diri mengikut acuan Illahi kn? xrugi. . .
ana masih ingat sewaktu jalan2 di bandar Kuching bersama sahabiah2 ana di waterfront, waktu itu, kami sedang makan goreng2 sambil berjalan! berjalan! bukan duduk ya. Ya Allah, ampunilah kami hamba2mu yang kerdil dan hina ini. dan Dia tidak biarkan kerana telah mengutus seorang pak cik yang lalu berdekatan kami dan menegur! pak cik tu madah,
sik bagus wanita solehah makan berdiri!
tersirap darah menyebu muka dan ana dapat rasa darjah kepanasan yang naik ke pipi! Malu! malu dengan Allah. tapi syukur sngt2 kerana itu tandanya Dia sayang! halus caraNya sehingga menggetarkan jantung apabila mendapat teguran tersebut dan alhamdulillah, sejak peristiwa tarbiyah itu, ana dan sahabiah2 sntiasa ingat dan waspada dengan segala tingkah laku yang tidak sopan cuba mengamalkan sunnah nabi kita dengan sebaik2nya. ana jua selalu ingatkan adik2 anak supaya tidak makan minum berdiri. dan buat pak cik yang tidak kami kenali, Jazakallah kerana menasihati kami! semoga Allah mempermudahkan segala urusan pak cik dunia dan akhirat.
Jadi, buat diri ana sendiri dan teman2 seperjuangan, jangan malu untuk menegur demi kebaikan bersama. bukankah kita ingin masuk syurga bersama-sama? insyaAllah, ada banyak cara yang hikmah dan menusuk kalbu dengan bantuan Allah untuk menegur insan yang bernama manusia. dan marilah kita sentiasa baiki kekurangan diri kita! Sama2 kita meperingati satu sma lain.
sedikit perkongsian dr- http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1367-aura-nasihat-dan-teguran.html
Pepatah Arab ada mengatakan ;
" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "
Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.
wassalam
No comments:
Post a Comment