satu permulaan...

" Seindah Ciptaan ILahi "


Salam ukhuwah..setiap makhluk Allah di muka bumi ini dicipta dengan sebaik-baik kejadian..Maka, dengan itu, kita sebagai hambanya yang kerdil haruslah mensyukuri segala nikmat dan kurniaanNya...Anugerah yang tidak ternilai untuk manusia adalah AKALnya..tanpa akal siapalah manusia itu..dengan akal itulah kita memperoleh keimanan,kewarasan dan kebaikan untuk menuju ke arahnya jalan yang diredhainya..Alhamdulillah..InsyaAllah, ikhlaskan segala perbuatan kita kepadaNya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..DariNya kita diciptakan dan kepadaNya jualah kita kembali..

Tuesday, August 23, 2011

hikmah jururawat

manjaga kebajikan insan



Assalamulaikum dan Salam 23 Ramadan 1432.

sekilas. . .
mcm mana hidup? semoga sentiasa berada di landasan yang haq, insyaAllah. tinggal beberapa hari lgi bulan Ramadan akan pergi. pernah xterfikir?. xkan ada lagi Ramadan buat kita. apabila telah pergi menemui KEKASIH kita yang ABADI. namun, sebaik2 tempat kembali itu hanya kepada Allah. selagi dikurniakan nikmat bernafas, siapalah kita untuk tidak beramal dengan apa yg disuruh dengan seikhlas hati kan? org kata buat jaahat senang dan buat baik nie susah. cbe fikir blik? bukankah disebaliknya. cuma hati manusia ni lemah. terasa apa yang sia-sia itu indah apabila membesar dalam persekitaran jahiliyah yg dasyat pd masa kini. moga Allah jauhkan kita drpd kemungkaran dan pelihara iman hamba2Nya ini, amin.

kenapa jururawat?
sebelum ini ana belum mengutarakan satu tugas tg mulia ini dengan sejelas-jelasnya. biarlah hari ini menjadi saksi ya! syukur kepada illahi kerana ana telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di universiti Malaysia Sarawak. buat sahabiah ana yg belum mengetahui inilah dia satu episod baru dalam hidup seorang insan yang bernama aisyah munirah. Allah dan bagi yang terbaik untuk ana dan menjadi tanggungjawab ana meneruskan perjuangan ini. ana tekad dan mahu bangkit dari impian terdahulu bak kaata sahabiah ana jasmin jaraee, sekalipun bukan doktor manusia tp jadilah doktor dan jurutera ummah! kan min? yang bakal bergelar doktor, teruskan perjuangan kalian, kejayaan kalian kegembiraan ana juga. insyaAllah, suatu hari nanti ana ingin berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara dengan kamu2 smua.

teringat dulu2 waktu ana berusia 6 tahun. pada hari konvo tadika yayasan islam, ana telah mempersembahkan satu sketsa dengan kawan2 lain. ana jadi jururawat dan berpakaian uniform putih persis jururawat. bergegas, berlari di atas pentas bersama doktor untuk menyelamatkan pak cik yang terkena cangkul. inilah hikmah tugas seorang jururawat. dan insyaAllah, bila ana jadi jururawat nanti ana akan merawat dan menolong orang yg memerlukan dengan ikhlas dan sebaik2nya. serta sampaikan tanggungjawab syahadatul haq kepada pesakit2, insyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan ini.

dan sebelum mendapat tawaran untuk belajar di Asasi Unimas, ana terlebih dahhulu menerima tawaran dalam bidang kejururawatan dr sebuah kolej swasta. secara tak sedar memang kisah jururawat ini banyak kali muncul dalam hidup ana.dan setelah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah yg juga di unimas, ana telah menjadi peka dengan isu jururawat di akhbar. seperti jururawat pertama islam iaitu Rufaidah, tanggungjawab jururawat, hari jururawat dan sebagainya. dan ana pasti dan yakin inilah yang terbaik dr Nya. berikut merupakan sisipan akhbar berita harian yang lalu untuk tatapan.



Rufaidah jururawat pertama dalam sejarah Islam
Oleh Ibrahim Abdullah

2011/05/26

KHIDMAT jururawat pertama Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW yang dikenali dengan nama Siti Rufaidah binti Saad. Beliau selalu memberikan rawatan terbaiknya terutama kepada pesakit yang cedera di medan perang. 

Eropah dan Amerika Syarikat mengenali Florence Nightingale sebagai pelopor jururawat moden. Negara di Asia Barat memberikan kedudukan awal kepada Rufaidah, seorang jururawat Islam yang terkenal.

Perjuangan dan kemasyhuran Rufaidah secara berterusan daripada generasi ke generasi khususnya di Arab Saudi dan diteruskan ke generasi moden di Asia Barat sehingga ini.
Rufaidah (570-632 SM) tokoh jururawat Islam tersohor itu muncul pada masa peperangan dalam Islam. Prof Dr Omar Hasan Kasule, dalam kertas kerjanya pada Persidangan Antarabangsa Kejururawatan ketiga di Brunei Darussalam pada 1998 menyatakan, Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam. 

Beliau hidup pada zaman Rasulullah SAW pada abad pertama hijrah dan diiktiraf sebagai jururawat teladan. Rufaidah adalah seorang pemimpin, penggerak, mampu memberi motivasi kepada orang lain. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya. 

Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal semata-mata, namun melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam penyakit. 

Rufaidah bertindak sebagai jururawat kesihatan komuniti, tidak memandang miskin atau kaya. Beliau adalah pekerja sosial yang cekap menjadi inspirasi bagi kerjaya jururawat dunia Islam. 
Rufaidah tinggal di Madinah dan lahir di Yathrib termasuk dalam kaum Ansar, golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan Rufaidah mempelajari ilmu perawatan ketika bekerja membantu ayahnya. 

Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum Muslim yang sakit di luar kawasan Masjidil Nabawi ketika perang Badar, Uhud, Khandak dan perang Khaibar dengan beliau menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka dan cedera parah akibat peperangan. Beliau juga mendirikan hospital lapangan. 

Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan agar tentera yang cedera parah dirawat oleh Rufaidah. Pernah digambarkan saat perang Khandak, Saad bin Maadh yang terluka terkena panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga sembuh. 

Rufaidah turut melatih beberapa wanita untuk menjadi jururawat dan dalam perang Khaibar mereka meminta izin Nabi Muhammad SAW untuk ikut serta di garisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang terluka dan Nabi mengizinkannya. 

Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat. 
Sejarah Islam juga mencatatkan beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun. 


insyaAllah, jururawat muslimah. . . 

No comments:

Post a Comment