hari ini ana ingin kongsikan beberapa detik kehidupan yang dipinjamkan sementara ini. hanya sekadar tulisan tapi itulah realiti yang kadang2 membawa kita dari satu masa ke satu masa yang seterusnya. buah tangan kali ni campur2 macam abc.
Ramadan
Alhamdulillah, genap 9 hari kita melalui fasa Ramadan Kareem ini. Mohon keistiqomahan diri untuk bertilawah dan tadabbur ayat-ayat cinta dr Allah serta berzikir mengingatiNya. Ana bersyukur kerana dapat menunaikan solat tarawih bersama2 keluarga tersyang walaupun angah di asrama. Terkenang sahabiah-sahabiah ana ketika melakukan ibadah tarawih di bumi kenyalang dan Sesma. Semoga kita semua dapat memanfaatkan setiap detik yang istimewa ini.insyaAllah. teringat kata2 ustaz selepas tarawih td, semoga tarbiyyah pada bulan ramadan mampu menjaga dan mendidik kita untuk sebelas bulan yg lain dan berlumba2lah dalam menbuat kebaikan, fastabiqul khoirat.
Memandu
memandu ni sangat mencabar bg ana yang zero pengalaman sebelum ini. mse berhenti di lampu isyarat, terketar2 lutut melawan paras adrenalin yang tinggi di jalan raya kerana pertama kali bawak kereta atas jalan raya..ya Allah, permudahkanlah urusan membuat lesen ini. buat pemandu2, minta maaf jika tba2 tersenyap di atas jalan ataupun terperlahan sngat. yang ralatnya, dulu belajar di Sesma, sekarang laluan untuk ujian memandu melalui Sesma.. aduh! dua benda yang berbeza.
Doa
ini satu kisah benar yang ana ingin titipkan dan semoga dapat mengambil ibrah drpd peristiwa ini. buat dri sendiri dan teman2 seperjuangan. pd bulan mei yg lalu, ana menaiki bas dr bintulu ke kuching selama 12 jam sorang2 iaitu pd wktu malam hingga ke pg. mungkin ini perkara biasa bg org lain tp amat bru utk ana yg bergelar musafir sarawak. hanya Allah yang tahu mcm mana fizikal dan mental, hati perasaan ana kerana semuanya telah diserahkan kpdNya utk menempuh satu perjalanan tarbiyah ini.
Hamdalah ana selamat sampai pg keesokannya di stesen bas di kuching berdktan dgn satu mall Boulevard. tp Ana buntu memikirkan mcm mana nk blik unimas dr sana setelah xberjaya hubungi kak2 naqibah. nk naik teksi? bas? dengan bawak beg blik kg ana berjalan keluar dr stesen bas ke mall tersebut. ana duduk depan mall tersebut dengan sedihnya dan berdoa mengharapkan,
"Ya Allah permudahkanlah urusanku utk sampai ke unimas",
dan Allah telah mengilhamkan ana utk pergi ke tempat menunggu bas di tepi mall trsebut. kurang 10 minit, sebuah bas yg tertera K9 berhenti. dan ana teringat sesuatu, beberapa bulan yang lalu, di bandar kuching bersama natrah, pak cik van pernah bgtaw kami, "adik, kalau nak naik bas ke unimas ataupun desa ilmu,naiklah bas K9"
Subhanallah, Allah telah mempermudahkan urusan ana melalui doa kpdNya, ana dengan yakin sambil bercucuran airmata tatkala melangkah msuk ke dalam bas. begitu indahnya kasih sayang Allah utk hambanya. syukur xterhingga ke hadrat illahi dan ana selamat tiba di unimas!sejak ari itu, menjadi pengajaran bermkna buat diri ini supaya sentiasa menyerahkan segala2nya kpd yang Maha Kuasa Maha Penyayang. Allah itu dekat dengan kita!
Inspirasi
Bukan mudah untuk memberikn inspirasi untuk memotivasikan insan tp xsalahkan mencuba? Beberapa hri lgi gi, insyaAllah, ana akan kembali ke slkh bersma kawan2 bg bertemu dgn adik2. untuk berkongsi pengalaman suatu ketika dahulu bersama Sesma Virtuoso Band. bab2 bercakap dpn2 ni, ana akui tiada skill yg baik tp insyaAllah, akan berusaha menyampaikan sesuatu buat adik2. apa pun terima kasih buat pihak asasi unimas yg pernah menganjurkan debat dan mewajibkan penyertaannya! x mustahil kan ana berdebat?
banyak lagi yang ingin dikongsikan, ini yang termampu. sedikit sebanyak catatan hidup utk memuhasabahkan diri ini.
-hidup di dunia untk neraca akhirat, insyaAllah-
wassalam
No comments:
Post a Comment