assalamualaikum ya ummah,
alhamdulillah, kadang-kadang bukan2, tp selalu dalam hidup kita muncul banyak kejutan yang x disangka2, yg manis, yang pahit, dan yang istimewa...kali ini ana ingin ucapkan barakallahulakuma buat bapa saudara ana yang telah ditemukan dengan izin Allah pasangan hidupnya yang baru selepas Allah pernah mengujinya sekeluarga suatu ketika dulu..
Tanggal 25 April 2006,
ana masih ingat saat ini ketika empunya diri berumur 14 tahun dan menetap di asrama sekolah SESMA,
ana menerima panggilan telefon bahawa ibu saudara yang merupakan isteri kepada Pok Mat, panggilan buat bapa saudara di atas telah kembali ke rahmatullah, Allah lebih menyayanginya setelah arwah menderita penyakit SLE @ Systemic lupus erythematosus. Arwah telah meninggalkan seorang suami bersama dengan empat cahaya mata. Dan salah seorang sepupu seusia ana..tidak dapat dibayangkan rasa sakit kehilangan seorang ibu tercinta tatkala diri masih memerlukan kasih sayang ibu..
Tanggal 26 Julai 2011,
alhamdulillah, stelah lima tahun pemergian arwah, hadir seorang solehah untuk dijadikan zaujah bagi menemani perjuangan sebuah keluarga muslim. pertunangan beliau mengikat tali ukhuwah yang istimewa antara dua buah keluarga yang sebelum ini tidak pernah dipertemukan..
antaranya..
kakak sulung bakal isteri bapa saudara ana merupakan guru besar sekolah tempat umi mengajar, abangnya pula merupakan guru sejarah adik ana dan anak saudara beliau merupakan rakan sekelas adik lelaki ana yang secara tidak langsung merangkap sepupu baru malah juga merupakan rakan setusyen anak pok mat. inilah takdir Allah yang istimewa buat kami semua..
buat pok mat, selamat melayari kehidupan rumah tangga yang rahmah, sakinah dan mawardah bersama anak2 yg disayangi. dan al-Fatihah buat arwah yang tidak pernah dilupakan kami dan semoga arwah bahagia di sisi Allah dan ditempatkan dalam kalangan org yang soleh..amin
ironinya,
menjurus ke arah baitul muslim, merupakan salah satu tahap maratibul amal yang turut menjadi asas ustaziatul alam. dan perkahwinan itu juga merupakan sunnah Rasulullah yang dituntut, apabila tiba masanya, insyaAllah setiap orang akan melangkah ke alam tersebut dan semoga masjid yang dibina menjadi wadah dakwah islam dan melahirkan kader2 dakwah sebagai umat pertengahan yang perkasa seperti Rasulullah dan shabat-shabat baginda.
Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luaas pemberianNya, Maha Mengetahui.
An-Nur: 32
dan buat pemilik cinta isteri selepas Allah dan Rasul,
Sabda Rasulullah S.A.W ,
' manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat juga dengan hatinya untuk dicintai, dikasihi dan disayangi'
wassalam..
p/s: mse bertandang ke rumah bakal zaujah ana ditugaskan membawa sireh tanpa mengetahui pemegang sireh akan berjalan di depan sekali dalam rombongan..malu sngt2 apabila menjadi orng pertama yg dipandang oleh keluarga baru, lepas nie, biarla org lain pula ya ganti tempat bertuah tu! =)
No comments:
Post a Comment